SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 7
今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
希望大家会喜欢吖!
字体是斜的才是答案哦~
请看:
SOALAN 1:
Jelaskan dua situasi sekiranya prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara gagal dihayati. [4 markah]
i. Meningkatkan kadar jenayah.
Kurang pegangan agama sebagai panduan hidup dan kurang toleransi antara agama.
ii. Keharmonian hidup rakyat terjejas.
Kadar jenayah akan meningkat.
Konsep atau matlamat menghalalkan cara.
SOALAN 2:
Nyatakan empat cabaran untuk memajukan ekonomi sesebuah negara. [4 markah]
a.) Persaingan antara negara.
b.) Ketidakstabilan mata wang.
c.) Harga komuniti antarabangsa.
d.) Kekurangan tenaga buruh atau Kekurangan sumber tenaga manusia.
SOALAN 3:
Kemukakan dua prinsip Rukun Negara dan jelaskan cara rakyat Malaysia dapat merealisasikan prinsip tersebut. [4 markah]
I.) Kepercayaan Kepada Tuhan.
Rakyat Malaysia akan berpegang teguh kepada kepercayaan atau agama masing-masing.
II.) Kedaulatan Undang-Undang.
Rakyat Malaysia akan mematuhi undang-undang agar keselamatan mereka lebih terjamin.
SOALAN 4:
Terangkan dua kepentingan negara membentuk masyarakat yang liberal. [4 markah]
i. Meningkatkan imej negara.
Masyarakat yang taat setia kepada negara akan meningkatkan maruah negara.
ii. Meningkatkan hala tuju atau dasar negara.
Rakyat mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsikan bersama.
SOALAN 5:
Nyatakan tiga kebaikan kemajuan bidang telekomunikasi terhadap sesebuah negara. [3 markah]
(a) Meningkatkan pengetahuan rakyat.
(b) Memudahkan urusan harian rakyat.
(c) Menggalakkan kemudahan teknologi.
SOALAN 6:
Jelaskan dua matlamat penggubalan Rukun Negara. [4 markah]
i.) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan.
Membentuk sikap yang liberal terhadap kepelbagaian tradisi kaum.
ii.) Untuk mencapai perpaduan lebih erat.
Semua rakyat mendukung cita-cita yang sama iaitu membentuk satu bangsa dan negara.
SOALAN 7:
Nyatakan empat langkah membina Malaysia yang maju dan sejahtera. [4 markah]
- Mengeratkan perpaduan kaum dan menjamin keadilan sosial.
- Menyuburkan budaya ilmu dan mentransformasikan pendidikan.
- Mengamalkan pengurusan berintegriti dan mengamalkan budaya tempatan.
- Mengamalkan budaya inovasi, kreativiti, dan mengamalkan budaya berprestasi tinggi.
SOALAN 8:
Nyatakan empat ciri murid yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. [4 markah]
a._ Berpengetahuan.
b._ Berkemahiran berfikir.
c._ Berkemahiran memimpin.
d._ Mempunyai nilai etika dan kerohanian.
SOALAN 9:
Nyatakan tiga indikator negara maju dan sejahtera. [3 markah]
(a) Hak asasi manusia.
(b) Infrastruktur mencukupi.
(c) Mengatasi masalah penduduk.
SOALAN 10:
Senaraikan tujuh teras strategik kerajaan yang dikenal pasti sebagai pemangkin lain bagi memastikan matlamat teras strategik "Gagasan Kemakmuran Bersama 2030" dapat dicapai. [7 markah]
a_ Kestabilan monetari.
b_ Dasar fiskal yang progresif.
c_ Modal sokongan kewangan kompetitif.
d_ Masyarakat sivil dan berpengetahuan.
e_ Aras tanda urus tadbir dan integriti tinggi.
f_ Penyampaian institusi kerajaan yang efektif.
g_ Penghasilan pendidikan dan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) bernilai tinggi.
SOALAN 11:
Huraikan berkaitan dengan tuntutan komitmen organisasi yang berkaitan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0. [4 markah]
[i] Kecekapan dan organisasi.
Peningkatan tahap kecekapan pengurusan operasi dan pengurangan kos secara keseluruhan diperlukan. Peningkatan kecekapan dan pengurangan sumber manusia ini membawa kepada penjimatan kos kepada organisasi.
[ii] Pencapaian jangka panjang positif Industri 4.0.
Pencapaian jangka panjang positif Industri 4.0 tersebut sudah tentu memerlukan komitmen organisasi dalam latihan dan pembangunan sumber manusia.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!