SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN STRUKTUR PENGAJIAN AM SEM 2 / PENGGAL 2 - 9
今天分享的是 Sem 2 Pengajian Am 的 Soalan Struktur 给大家作为参考。
希望大家会喜欢吖!
字体是斜的才是答案哦~
请看:
SOALAN 1:
Nyatakan empat kepentingan prasarana yang baik kepada sesebuah negara. [4 markah]
A. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
B. Menggambarkan kemajuan sesebuah negara.
C. Memberikan keselesaan hidup kepada rakyat.
D. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
SOALAN 2:
Peningkatan harga
makanan ternakan di pasaran dunia telah memberikan impak kepada industri
penternakan Malaysia. |
Huraikan dua langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan peningkatan ini kepada kehidupan rakyat. [4 markah]
i.) Memperkenalkan semula subsidi.
Kerajaan memperkenalkan satu sistem subsidi baru bagi menggantikan sistem subsidi yang dibatalkan sebelum ini.
ii.) Penetapan harga syiling.
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan satu senarai harga syiling yang seragam bagi memastikan peningkatan harga dapat dikawal.
iii.) Kerjasama dengan pemain industri.
Menggalakkan kilang atau syarikat pembekal makanan ternakan tempatan untuk meningkatkan hasil pengeluaran bagi memenuhi keperluan tempatan.
iv.) Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.
Memberikan kemudahan dan galakan dalam bentuk geran penyelidikan bagi menggalakkan lagi industri penyelidikan dan pembangunan (R&D).
SOALAN 3:
Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara. [3 markah]
a) Membasmi kemiskinan bandar.
b) Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.
c) Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing.
SOALAN 4:
Apakah tiga faktor yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum membuat Rancangan Pembangunan Negara? [3 markah]
(A) Teknologi.
(B) Sumber kewangan.
(C) Sumber manusia atau Modal insan.
SOALAN 5:
Nyatakan empat usaha untuk membentuk sebuah bandar yang mesra ekologi. [4 markah]
A_ Menggunakan teknologi hijau.
B_ Memperbanyak kawasan hijau.
C_ Meminimumkan pencemaran alam sekitar.
D_ Menguruskan sisa pepejal dengan sistematik.
SOALAN 6:
Terangkan dua manfaat pelaksanaan Dasar Pembangunan Luar Bandar kepada rakyat. [4 markah]
i. Mendapat keperluan asas.
Mendapat keperluan asas seperti makanan, pakaian, atau perlindungan.
ii. Memperoleh pelbagai peluang.
Mendapat peluang untuk membangunkan potensi dan keperluan diri seperti peluang latihan atau pendidikan.
SOALAN 7:
Nyatakan tiga petunjuk kualiti hidup masyarakat Malaysia dari aspek pendidikan. [3 markah]
a. Kadar celik huruf.
b. Kadar penyertaan prasekolah.
c. Kadar penyertaan sekolah menengah.
SOALAN 8:
Nyatakan empat objektif Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030. [4 markah]
a._ Mencipta ekosistem yang kondusif.
b._ Membantu melancarkan pergerakan barangan.
c._ Menyediakan sistem pengangkutan yang pintar dan selamat.
d._ Menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan inklusif.
SOALAN 9:
Nyatakan empat kesan kurangnya penghayatan agama dan moral dalam kalangan masyarakat. [4 markah]
(a) Keruntuhan akhlak.
(b) Keluarga berpecah-belah.
(c) Keamanan negara terjejas.
(d) Masalah jenayah meningkat.
SOALAN 10:
Senaraikan tujuh teras strategik "Gagasan Kemakmuran Bersama 2030". [7 markah]
a_ Sektor pertumbuhan baharu.
b_ Pembangunan wilayah yang inklusif.
c_ Peningkatan modal sosial masyarakat.
d_ Memperkukuhkan kesejahteraan sosial.
e_ Reformasi bakat dan sumber tenaga negara.
f_ Memperbaiki pasaran buruh dan pendapatan pekerja.
g_ Penstruktur dan penambahbaikan ekosistem perniagaan dan industri negara.
SOALAN 11:
Senaraikan ciri-ciri kilang atau sistem tergolong di bawah Industri 4.0. [4 markah]
(a.) Interoperability.
(b.) Bantuan teknikal.
(c.) Ketelusan maklumat.
(d.) Membuat keputusan sendiri.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!