EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2


你们好呀,今天 Tina 要聊的是 Ekonomi Sem 3 2018 年的考试题目和解答思路。

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里哦: 

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 3 / PENGGAL 3 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

而这个 blog 是 PART 2 哦!

最后附上PDF给大家,大家可以自行下载哦!(仅供参考哦!)

废话不多说,请看:

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan data guna tenaga buruh mengikut sektor ekonomi, jumlah guna tenaga, dan jumlah tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2011 hingga tahun 2014.

Tahun

Guna Tenaga Mengikut Sektor Ekonomi (‘000 orang)

Jumlah Guna Tenaga

(‘000 orang)

Jumlah Tenaga Buruh

(‘000 orang)

Pertama

Kedua

Ketiga

2011

1,486.0

3,355.9

7,442.5

12,284.4

12,675.8

2012

1,682.3

3,391.6

7,649.3

12,723.2

13,119.6

2013

1,769.2

3,458.9

7,981.9

13,210.0

13,634.6

2014

1,744.1

3,492.4

8,295.6

13,532.1

13,931.6

(Sumber: Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Statistik, 2015/2016)

(a)   Nyatakan satu contoh subsektor di bawah sektor ekonomi pertama. [1 markah]

Satu contoh subsektor utama adalah sektor perlombongan dan kuari.

(b)  (i)   Hitung kadar pengangguran pada tahun 2013 dan tahun 2014. [3 markah]

Tahun

Kadar Pengangguran (%)

2013

(13,634.6 13,210.0) / 13,634.6 x 100 = 3.11

2014

(13,931.6 – 13,532.1) / 13,931.6 x 100 = 2.87

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), adakah Malaysia telah mencapai tingkat guna tenaga penuh? Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

Ya, kerana kadar pengangguran kurang daripada 4%.

(c) (i)  Hitung peratus guna tenaga bagi sektor kedua dan peratus guna tenaga bagi sektor ketiga pada tahun 2014. [3 markah]

  Sektor

Peratus Guna Tenaga Pada Tahun 2014

Kedua

3,492.4 / 13,532.1 x 100 = 25.81%

Ketiga

8,295.6 / 13,532.1 x 100 = 61.30%

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (c)(i), sektor yang manakah yang memberikan sumbangan terbesar kepada guna tenaga negara? [1 markah]

Sektor ketiga memberi sumbangan terbesar kepada guna tenaga negara.


SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan indeks harga pengguna di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak pada tahun 2012 hingga tahun 2014. (2010 = 100)

Tahun

Indeks Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia

Sabah

Sarawak

2012

111.6

111.7

111.8

2013

112.1

112.2

111.9

2014

113.3

112.0

112.8

(Sumber: Laporan Ekonomi 2015/2016, Kem Kewangan Malaysia)

(a)  (i) Hitung kadar inflasi di Semenanjung Malaysia dan kadar inflasi di Sabah pada tahun 2014. [3 markah]

Kawasan

Kadar Inflasi Pada Tahun 2014

Semenanjung Malaysia

(113.3 112.1) / 112.1 x 100 = 1.07%

Sabah

(112.0 112.2) / 112.2 x 100 = -0.18%

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (a)(i), jelaskan perbezaan kadar inflasi mengikut kawasan tersebut. [1 markah]

Arah aliran kadar inflasi pada tahun 2014 di Semenanjung Malaysia adalah lebih tinggi iaitu 1.07% daripada di Sabah.

(b)   Jika seorang pengurus bekerja di Sarawak menerima pendapatan sebanyak RM 4,000 sebulan pada tahun 2013 dan RM 4,200 pada tahun 2014, iaitu meningkat sebanyak 5%:

(i)   Hitung pendapatan benar bulanan pengurus tersebut bagi tahun 2013 dan tahun 2014. [1 markah]

Tahun

Pendapatan Benar

2013

100 / 111.9 x RM 4,000 = RM 3,574.62

2014

100 / 112.8 x RM 4,200 = RM 3,723.40

(ii)  Hitung peratusan perubahan pendapatan benar pengurus tersebut. [2 markah]

Peratus perubahan pendapatan bulanan benar pada tahun 2014

= (RM 3,723.40 - RM 3,574.62) / RM 3,574.62 x 100 

= 4.16%

(iii) Berdasarkan jawapan anda di (b)(ii), bandingkan perubahan pendapatan nominal dengan perubahan pendapatan benar pengurus tersebut. [1 markah]

Peningkatan pendapatan benar lebih kecil iaitu 4.16% daripada peningkatan pendapatan semasa / pendapatan nominal.

考试题目和解答思路:

STPM 2018 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1