EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 3 / PENGGAL 3 - 2


哦吼吼吼!我又了填坑啦!

是 Ekonomi Sem 3 2020 年的考试题目和解答思路。

是 PART 2 的 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

大家都知道的,答案就在下方的 Google Drive 里面哦!

不要问我:Tina,解答思路在哪里了哦!

还没有看过 PART 1 的 Soalan Esei 请点这里:


好了,我的废话好像有一点点多,我们现在开始吧!请看:(仅供参考哦!)

SOALAN 7:

Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, guna tenaga, dan tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2013 dan tahun 2014.

Tahun

Jumlah Penduduk

(‘000 orang)

Guna Tenaga

(‘000 orang)

Tenaga Buruh

(‘000 orang)

2013

30,214.0

13,210.0

13,634.4

2014

30,598.0

13,532.1

13,931.6

(Sumber: Laporan Ekonomi 2015/2016, Kem. Kewangan Malaysia)

    (a)   (i)         Hitung kadar pengangguran pada tahun 2013 dan pada tahun 2014. [3 markah]

Tahun

Kadar Pengangguran (%)

2013

(13,634.4 13,210.0) / 13,634.4 x 100 = 3.11

2014

(13,931.6 – 13,532.1) / 13,931.6 x 100 = 2.87

  (ii)      Berdasarkan jawapan anda di (a)(i), rumuskan arah aliran kadar pengangguran tersebut. [1 markah]

Arah aliran kadar pengangguran telah berkurang daripada 3.11% kepada 2.87% dari tahun 2013 hingga tahun 2014.

  (iii)    Pada pendapat anda, apakah jenis pengangguran yang berlaku di Malaysia pada tempoh tersebut? Jelaskan jawapan anda. [2 markah]

Pengangguran geseran kerana kadar pengangguran kurang daripada 4%.

    (b)   (i)         Hitung kadar pertumbuhan penduduk pada tahun 2014. [2 markah]

Kadar pertumbuhan penduduk pada tahun 2014

= (30,598.0 – 30,214.0) / 30,214.0 x 100

= 1.27%

    (ii)        Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2014. [2 markah]

Kadar pertumbuhan guna tenaga pada tahun 2014

= (13,532.1 – 13,210.0) / 13,210.0 x 100

= 2.44%



SOALAN 8:

Jadual di bawah menunjukkan data eksport, import dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia dari tahun 2014 hingga tahun 2016.

Tahun

Eksport

(RM juta)

Import

(RM juta)

KDNK

(RM juta)

2014

816,483

713,863

1,069,842

2015

820,459

731,895

1,125,128

2016

829,406

753,663

1,197,164

(Sumber: Laporan Ekonomi 2016/2017, Kem. Kewangan Malaysia)

(a) (i)   Hitung eksport bersih Malaysia pada tahun 2015 dan pada tahun 2016. [2 markah]

Tahun

Eksport Bersih (RM juta)

2015

820,459 – 731,895 = 88,564

2016

829,406 – 753,663 = 75,743

   (ii)  Hitung kadar pertumbuhan eksport bersih Malaysia pada tahun 2015 dan pada tahun 2016. [2 markah]

Tahun

Kadar Pertumbuhan Eksport Bersih (%)

2015

(88,564 – 102,620) / 102,620 x 100 = -13.70

2016

(75,743 – 88,564) / 88,564 x 100 = -14.48

(iii)   Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2015 dan pada tahun 2016. [2 markah]

Tahun

Kadar Pertumbuhan KDNK (%)

2015

(1,125,126 – 1,069,842) / 1,069,842 x 100 = 5.17

2016

(1,197,164 – 1,125,128) / 1,125,128 x 100 = 6.40

(iv)   Berdasarkan jawapan anda di (a)(ii) dan (a)(iii), bandingkan kadar pertumbuhan eksport bersih dengan kadar pertumbuhan KDNK. [1 markah]

      Kadar pertumbuhan eksport bersih adalah negatif manakala kadar pertumbuhan KDNK adalah positif.

(b) (i)   Hitung darjah keterbukaan ekonomi negara pada tahun 2015 dan pada tahun 2016. [2 markah]

Tahun

Darjah Keterbukaan Ekonomi Negara

2015

(820,459 + 731,895) / 1,125,128 = 1.38

2016

(829,406 + 753,663) / 1,197,164 = 1.32

      (ii)  Berdasarkan jawapan anda di (b)(i), rumuskan darjah keterbukaan ekonomi negara. [1 markah]

Darjah keterbukaan ekonomi negara mengalami penurunan daripada 1.38 kepada 1.32 dari tahun 2015 dan tahun 2016.

考试题目和解答思路:


   好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1