EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 3


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2020 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

PART 2 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2020 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang adalah seperti yang berikut:

P = 200 - 4Q

P = 50 + 2Q

Dengan Q = Kuantiti (unit)

              P = Harga (RM)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.

200 - 4Q = 50 + 2Q

6Q = 150

Q0 = 25 unit


P = 200 - 4Q

P = 200 - 4 (25)

P0 = RM 100.00

Kuantiti dan harga keseimbangan ialah 25 unit dan RM 100.00.

(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 6 seunit kepada pengeluar,

(i) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan baharu.

P = 50 + 2Q + 6

P = 56 + 2Q


56 + 2Q = 200 - 4Q

6Q = 144

Q1 = 24 unit


P = 200 - 4Q

P = 200 - 4 (24)

P1 = RM 104.00

Kuantiti dan harga keseimbangan selepas cukai ialah 24 unit dan RM 104.00.

(ii) Hitung keanjalan permintaan harga barang tersebut apabila harga keseimbangan lama meningkat kepada harga keseimbangan baharu.

Ed = [(24 - 25) / 25] x [100 / (104 - 100)]

Ed = -1.00

Apabila harga naik 1%, kuantiti diminta berkurang sebanyak 1.00.

(c) Jika kerajaan menetapkan harga minimum sebanyak RM 120 seunit,

(i) Hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar.

120 = 200 - 4Qd

Qd = 20 unit

Kuantiti diminta adalah 20 unit.

120 = 50 + 2Qs

Qs = 35 unit

Kuantiti ditawar adalah 35 unit.

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (c)(i), apakah kesan yang berlaku ke atas pasaran barang tersebut?

Wujud lebihan penawaran sebanyak 15 unit.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan kos purata pada pelbagai kuantiti keluaran bagi sebuah firma.

Kuantiti keluaran

(unit)

Kos purata

(RM)

1

70.00

2

40.00

3

32.00

4

30.00

5

31.20

6

35.00

7

40.00

(a) Hitung jumlah kos dan kos sut.

Kuantiti keluaran

(unit)

AC

(RM)

TC

(RM)

MC

(RM)

1

70.00

70.00

0

2

40.00

80.00

10.00

3

32.00

96.00

16.00

4

30.00

120.00

24.00

5

31.20

156.00

36.00

6

35.00

210.00

54.00

7

40.00

280.00

70.00

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kos purata dan keluk kos sut.

(c) Jelaskan hubungan antara kos purata dengan kos sut,

    (i) pada kuantiti keluaran 4 unit.

- Apabila AC menurun, MC lebih kecil daripada AC.

- Apabila AC minimum, MC sama dengan AC.

- Apabila AC meningkat, MC lebih besar daripada AC.

    (ii) apabila keluaran meningkat daripada 5 unit kepada 7 unit.

- Apabila AC meningkat, MC juga meningkat dan keluk MC berada di atas keluk AP.

- Apabila AC mencapai maksimum, MP memotong AC di titikk maksimum.

- Pada masa ini, AC sama dengan MP.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk hasil sut (MR), dan keluk hasil purata (AR) bagi sebuah firma monopoli.

(a) Hitung untung atau rugi jika firma mengenakan harga,

    (i) pada output kecekapan peruntukan sumber.

P = MC

Untung / Rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos

Untung / Rugi = (P x Q) - (AC x Q)

Untung / Rugi = (RM 10.00 x 45 unit) - (RM 5.00 x 45 unit)

Untung / Rugi = RM 450.00 - RM 225.00

Untung = RM 225.00

    (ii) pada output kecekapan pengeluaran.

P = AC

Untung / Rugi = (P x Q) - (AC x Q)

Untung / Rugi = (RM 12.00 x 35 unit) - (RM 4.00 x 35 unit)

Untung / Rugi = RM 420.00 - RM 140.00

Untung = RM 280.00

(b) Hitung lebihan pengguna jika firma mengeluarkan output pada

    (i) kecekapan peruntukan sumber.

Lebihan pengguna = 1/2 x tapak x tinggi

Lebihan pengguna = 1/2 x 45 x (20 - 10)

Lebihan pengguna = RM 225.00

    (ii) kecekapan pengeluaran.

Lebihan pengguna = 1/2 x tapak x tinggi

Lebihan pengguna = 1/2 x 35 x (20 - 12)

Lebihan pengguna = RM 140.00

(c) Berdasarkan jawapan anda di (b)(i) dan (b)(ii), nyatakan kecekapan yang manakah yang lebih menguntungkan pengguna? Jelaskan jawapan anda.

Kecekapan peruntukan lebih menguntungkan pengguna kerana jumlah lebihan penggunanya lebih besar.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1