EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2014 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan? [2]

Usahawan adalah individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

(b) Huraikan empat perbezaan antara usahawan dengan buruh. [8]

- Ganjaran.

Usahawan mendapat ganjaran untung manakala buruh mendapat ganjaran upah.

- Peranan.

Usahawan adalah individu yang menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan manakala buruh adalah individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

- Tanggung risiko.

Usahawan menanggung risiko manakala buruh menanggung risiko.

- Inovasi.

Usahawan memikirkan dan melakukan inovasi manakala buruh tidak memikirkan dan melakukan inovasi.

SOALAN 2:

(a) Bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. [2]

Perubahan kuantiti diminta berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri manakala perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor selain perubahan harga barang itu sendiri.

Perubahan kuantiti diminta ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk permintaan yang sama manakala perubahan permintaan ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ke kanan atau ke kiri.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas keluk permintaan (ceteris paribus) sekiranya,

i. kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam. [4]

D0Dialah keluk permintaan asal pada tingkat harga asal P0 dan kuantiti asal Q0.

- Kerajaan memberi bonus kepada kakitangan awam menyebabkan kuasa beli bertambah kerana pendapatan bertambah. 

- Oleh itu, permintaan bertambah.

- Mana keluk permintaan beralih ke kanan dari D0Dke D1D1.

- Pada tingkat harga sama, iaitu P0. Kuantiti permintaan telah bertambah telah bertambah dari Q0 ke Q1.

ii. harga barang pengganti turun. [4]

- Pada titik yang asal iaitu titik A, tingkat harga asal P0 dan kuantiti asal Q0.

- Ikan ialah barang pengganti kepada ayam.

- Secara relatifnya, harga ayam lebih mahal. 

- Oleh itu, permintaan ayam berkurang.

- Pada P0, kuantiti permintaan terhadap ayam berkurang dari Q0 ke Q1.

- Keluk permintaan ayam akan beralih ke kiri dari D0Dke D1D1.

SOALAN 3:

(a) Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. [2]

Lebihan pengguna adalah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga yang sebenar dibayar di pasaran.

Lebihan pengeluar adalah perbezaan antara harga yang sanggup diterima oleh pengeluar dengan harga yang sebenar dijual di pasaran.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas lebihan pengguna apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas pengeluar. [8]

- Berdasarkan rajah di atas, andaikan keluk penawaran pengeluar adalah anjal.

- Keseimbangan pasaran asal di capai apabila keluk penawaran (S0S0) pada titik E0.

- Harga keseimbangan asal ialah 0P0 dan kuantiti keseimbangan asal ialah 0Q0. Lebihan pengguna ialah P0D0E0.

- Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas barang yang dikeluarkan oleh pengeluar, kos pengeluaran akan meningkat menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

- Keseimbangan pasaran baru dicapai apabila keluk D0Dberbilang dengan keluk S1S1 pada titik E1.

- Harga keseimbangan baru ialah 0Q1. Lebihan pengguna telah menurun daripada P0D0Ekepada P1D0E1.

SOALAN 4:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan untung ekonomi dan untung perakaunan? [2]

Untung ekonomi mengukur perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit.

Untung perakaunan ialah untung yang diperoleh apabila jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos eksplisit.

(b) Dengan menggunakan contoh berangka, bezakan pengiraan untung ekonomi dan untung perakaunan. [8]

Andaikan sebuah firma mengeluarkan barang A.

Output / Keluaran = 100 unit 

Harga keluaran = RM 2.00 seunit


Jumlah hasil = Harga x Kuantiti

Jumlah hasil = RM 2.00 x 100 unit

Jumlah hasil = RM 200.00


Kos eksplisit = RM 50.00

Kos implisit = RM 60.00

Untung perakaunan = Jumlah hasil - Kos eksplisit 

Untung perakaunan = RM 200.00 - RM 50.00

Untung perakaunan = RM 150.00


Untung ekonomi = (Jumlah hasil - Kos eksplisit) - Kos implisit

Untung ekonomi = (RM 200.00 - RM 50.00) - RM 60.00

Untung ekonomi = RM 150.00 - RM 60.00

Untung ekonomi = RM 90.00

SOALAN 5:

Huraikan lima perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dan pasaran persaingan tak sempurna. [10]

- Bilangan firma.

Pasaran persaingan sempurna terdapat banyak firma manakala pasaran persaingan tak sempurna terdapat satu firma, iaitu pengeluar tunggal.

- Jenis barang.

Pasaran persaingan sempurna adalah barang yang homogen, iaitu pengganti sempurna dan pasaran persaingan tak sempurna adalah barang yang tidak homogen, iaitu tiada pengganti.

- Kebebasan masuk keluar firma.

Pasaran persaingan sempurna adalah firma bebas masuk dan keluar manakala pasaran persaingan tak sempurna adalah firma tidak bebas masuk dan keluar.

- Kuasa mempengaruhi harga.

Pasaran persaingan sempurna adalah firma tidak kuasa menentukan dan pasaran persaingan tak sempurna adalah firma sangat berkuasa menentukan harga.

- Kewujudan persaingan bukan harga.

Pasaran persaingan sempurna adalah tidak diperlukan sebab barang yang dijual adalah homogen manakala pasaran persaingan tak sempurna adalah diperlukan untuk meluaskan pasaran dan memberi maklumat kepada pengguna. 

SOALAN 6:

Terangkan lima faktor yang mempengaruhi kejayaan kesatuan sekerja dalam menuntut kenaikan upah. [10]

- Kekuatan kesatuan sekerja.

Kekuatan dari segi bilangan ahli yang ramai dan sumber kewangan yang banyak.

- Keluaran firma bersifat tidak anjal.

Jika keluaran firma bersifat tidak anjal, firma boleh memindahkan kenaikan kos pengeluaran.

- Bahagian upah dalam kos pengeluaran adalah kecil.

Jika upah adalah sebahagian kecil daripada kos pengeluaran, kesatuan akan lebih berjaya dengan tuntutannya dan sebaliknya.

- Keadaan guna tenaga dalam ekonomi.

Jika ekonomi berada dalam guna tenaga penuh maka kesatuan sekerja mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih kuat dan sebaliknya.

- Tingkat keuntungan firma.

Jika firma mendapat untung besar, tuntutan berjaya, dan sebaliknya. 

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1