EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 3


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2014 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

PART 2 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Andaikan sebuah negara mengeluarkan dua barang, iaitu barang X dan barang Y.

Dengan faktor pengeluaran yang ada, negara tersebut boleh mengeluarkan barang iaitu 10 unit barang X atau 5 unit barang Y.

a) 

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kos lepas malar?

Kos lepas malar adalah untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi terpaksa mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang sama pada setiap tingkat pengeluaran.

(ii) Dengan andaian kos lepas adalah malar, lukis keluk kemungkinan pengeluaran dengan menggunakan kertas graf.

b) Jika negara tersebut mengeluarkan 3 unit barang Y, berapakah barang X dapat dikeluarkan?

4 unit barang X.

c) Sekiranya barang Y ditambah daripada 3 unit kepada 4 unit, berapakah kos lepas barang Y?

Kos lepas kepada barang Y ialah 2 unit barang X.

d) Bolehkah negara tersebut mengeluarkan 8 unit barang X dan 2 unit barang Y? Mengapa?

Tidak boleh kerana sumber ekonomi tidak mencukupi.

e) Kemajuan teknologi telah meningkatkan daya pengeluaran barang X sebanyak 50%. Pada gambar rajah yang sama, lukis keluk kemungkinan pengeluaran yang baharu.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti diminta, dan kuantiti ditawar bagi suatu barang dalam pasaran.

Harga  (RM)

Kuantiti diminta (unit)

Kuantiti ditawar (unit)

6.00

22

14

8.00

20

16

10.00

18

18

12.00

16

20

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga apabila meningkat daripada RM 8.00 kepada RM 10.00. [3]




= [(18 - 20) / 20] x [ 8 / (10 - 8)]

= (-2 / 20) x (8 / 2)

Ed = -0.40

(b) Hitung nilai keanjalan penawaran harga apabila meningkat daripada RM 8.00 kepada RM 10.00. [3]

= [(18 - 16) / 16] x [ 8 / (10 - 8)]

Es = 0.50

(c) Hitung jumlah hasil pada setiap tingkat harga. [2]

Jumlah hasil = Harga x Kuantiti 

Harga  (RM)

Jumlah hasil (RM)

6.00

132.00

8.00

160.00

10.00

180.00

12.00

192.00

(d)

(i) Apakah kesan pada jumlah hasil jika harga jualan meningkat? [1]

Jika harga meningkat, jumlah hasil juga meningkat.

(ii) Apakah kaitan antara jumlah hasil dengan keanjalan permintaan harga? [1]

Permintaan tak anjal, harga naik, dan jumlah hasil meningkat.

SOALAN 3:

Jadual di bawah menunjukkan tingkat penggunaan buruh dan jumlah keluaran bagi sebuah firma pasaran persaingan sempurna.

Buruh (orang)

Jumlah keluaran (unit)

0

0

1

10

2

22

3

33

4

40

5

45

6

48

(a) Hitung jumlah hasil dan keluaran hasil sut sekiranya harga keluaran RM 6.00 seunit. [2]

Buruh

(orang)

Harga

(RM)

Jumlah keluaran

 (unit)

Jumlah hasil 

(RM)

Keluaran hasil sut

 (RM)

0

6

0

0

-

1

6

10

60

60

2

6

22

132

72

3

6

33

198

66

4

6

40

240

42

5

6

45

270

30

6

6

48

288

18

(b) Jika tingkat upah dalam pasaran ialah RM 30.00, berpakah bilangan buruh digunakan? [2]

Bilangan buruh digunakan 5 orang kerana tingkat upah dalam pasaran sama dengan keluaran hasil sut, iaitu RM 30. 

(c) Hitung untung atau rugi pada tingkat keseimbangan. [2]

Untung atau rugi keseimbangan, MRP = MC.

Untung atau rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos

Untung atau rugi = RM 270.00 - (RM 30.00 x 5)

Untung atau rugi = RM 270.00 - RM 150.00

Untung = RM 120.00

(d) Sekiranya firma menggunakan buruh pada unit yang ke-3,

    (i) hitung untung firma tersebut. [2]

Untung atau rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos

Untung atau rugi = RM 198.00 - (RM 30.00 x 3)

Untung atau rugi = RM 198.00 - RM 90.00

Untung = RM 108.00

    (ii) terangkan tindakan firma untuk mencapai untung maksimum. [2]

Bagi mencapai untung maksimum, firma perlu menambah buruh sehingga unit ke-5 iaitu sehingga MRP = MCF untung sebanyak RM 120.00.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1