EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2018 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Nyatakan kaitan antara kos lepas dengan bentuk-bentuk keluk kemungkinan pengeluaran. [2]

Kos lepas malar akan menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk garis lurus.

Kos lepas meningkat akan menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.

(b) Dengan bantuan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan dua keadaan ekonomi tidak berada pada tingkat guna tenaga penuh. [8]

- Titik di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan guna tenaga penuh.

Titik T menunjukkan ketidakcekapan.

- Berlakunya pembaziran atas titik T  dalam keluk kemungkinan pengeluaran.

- Faktor-faktor pengeluaran yang ada tidak digunakan secara cekap dan berlaku pembaziran sumber ekonomi.

Titik M berada di luar keluk kemungkinan pengeluaran dan ia tidak boleh dicapai kerana faktor-faktor pengeluaran tidak mencukupi.

- Titik M menunjukkan ekonomi tidak mampu untuk mengeluarkan kombinasi keluaran tersebut.  

SOALAN 2:

(a) Bezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. [2]

Perubahan kuantiti ditawar berlaku disebabkan oleh perubahan harga barang itu sendiri manakala perubahan penawaran berlaku disebabkan oleh faktor selain perubahan harga barang itu sendiri.

Perubahan kuantiti ditawar ditunjukkan oleh pergerakan di sepanjang keluk penawaran yang sama manakala perubahan penawaran ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan atau ke kiri.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas penawaran getah sekiranya,

(i) Upah buruh di ladang getah meningkat. [4]

- Apabila upah buruh di ladang getah meningkat, kos pengeluaran meningkat.
- Oleh itu, firma mengurangkan keluaran dan penawaran berkurang.
- Kesannya, keluk penawaran beralih ke kiri dari S0 ke S1.
- Pada harga yang sama P0, kuantiti penawaran getah penawaran berkurang dari Q0 ke Q1.

(ii) Kerajaan memberikan subsidi baja kepada pekebun kecil getah. [4]

- Apabila kerajaan memberikan subsidi baja kepada pekebun kecil getah, kos pengeluaran berkurang.

- Oleh itu, firma menambahkan keluaran dan penawaran bertambah.

- Kesannya, keluk penawaran beralih ke kanan dari S0 ke S1.

Pada harga yang sama P0, kuantiti penawaran getah penawaran bertambah dari Q0 ke Q1.

SOALAN 3:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran? [2]

Keanjalan penawaran mengukur peratus perubahan kuantiti ditawar kesan peratus perubahan harga barang itu sendiri.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara penawaran anjal dengan penawaran tak anjal. [8]

- Nilai penawaran anjal lebih dari satu manakala nilai penawaran tidak anjal kurang dari satu.

- Keluk penawaran anjal berbentuk keluk landai manakala keluk penawaran tidak anjal berbentuk lebih curam.

- Penawaran anjal menunjukkan peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar berbanding dengan peratus perubahan harga manakala penawaran tidak anjal menunjukkan peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil berbanding dengan peratus perubahan harga.

SOALAN 4:

(a) Dengan memberi contoh, bezakan kos eksplisit dengan kos implisit. [4]

Kos eksplisit adalah perbelanjaan sebenar yang dibayar oleh firma untuk membeli input pengeluaran. 

Contohnya, upah buruh, kos bahan mentah, kos pengangkutan, dan kos bahan api.

Kos implisit adalah perbelanjaan yang ditanggung oleh pengusaha untuk mendapatkan faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri bagi tujuan pengeluaran.

Contohnya, sewa pejabat, upah pengurus syarikat, dan kos pengangkutan.

(b) Dengan memberikan contoh berangka, jelaskan sebab firma yang mengalami keuntungan perakaunan yang positif boleh mengalami keuntungan ekonomi yang negatif. [6]

Rumus:

Untung perakaunan = Jumlah hasil - Jumlah kos eksplisit

Untung ekonomi = (Jumlah hasil - Jumlah kos eksplisit) - Jumlah kos implisit 

Dikehendaki:

Keluaran adalah 100 unit kain batik.

Harga keluaran adalah RM 130 sehelai.

Mesin dan jentera (kos tetap) adalah RM 10,000.00.

Kos berubah:

Kain                                                                 RM 2,000.00

Upah buruh                                                     RM    600.00

Bangunan kilang (sendiri)                              RM    700.00

Bayaran kepada pengusaha (pemilik)            RM 1,000.00


Jumlah hasil = Harga x Kuantiti

Jumlah hasil = RM 130.00 x 100 unit

Jumlah hasil = RM 13,000.00


Untung perakaunan = RM 13,000.00 - RM 12,600.00

Untung perakaunan = RM 400.00


Untung ekonomi = (RM 13,000.00 - RM 12,600.00) - RM 1,700.00

Untung ekonomi = RM 400.00 - RM 1,700.00

Untung ekonomi = RM 1,000.00

SOALAN 5:

Terangkan lima ciri yang membezakan firma yang beroperasi di pasaran persaingan sempurna dengan firma yang beroperasi di pasaran monopoli. [10]

- Bilangan pengeluar.

Dalam pasaran persaingan sempurna, bilangan pengeluar adalah ramai.

Dalam pasaran monopoli, bilangan pengeluar seorang sahaja.

- Jenis barang yang dikeluarkan.

Dalam pasaran persaingan sempurna, barang yang dikeluarkan adalah homogen.

Dalam pasaran monopoli, barang yang dikeluarkan tiada pengganti. 

- Kebebasan firma keluar masuk pasaran.

Dalam pasaran persaingan sempurna, firma bebas untuk keluar atau masuk pasaran kerana tiada sekatan.

Dalam pasaran monopoli, firma tiada bebas untuk keluar atau masuk pasaran kerana adanya sekatan atau tiada firma lain wujud.

- Saiz firma.

Dalam pasaran persaingan sempurna, saiz firma relatifnya kecil.

Dalam pasaran monopoli, saiz firma adalah lebih besar.

- Penentuan harga.

Dalam pasaran persaingan sempurna, harga ditentukan di pasaran. Firma tidak dapat menentukan harga kerana firma ialah penerima harga.

Dalam pasaran monopoli, firma dapat menentukan harga atau kuantiti.

SOALAN 6:

(a) Huraikan perbezaan antara:

    (i) Keluaran hasil purata (ARP) dengan keluaran fizikal purata (APP) [2]

ARP mengukur jumlah hasil bagi seunit input berubah manakala APP mengukur jumlah keluaran bagi seunit input berubah.

Maka, perbezaannya ialah APP diukur dalam unit fizikal tetapi ARP diukur dalam nilai wang (RM).

    (ii) Keluaran hasil sut (MRP) dengan keluaran fizikal sut (MPP) [2]

MPP mengukur perubahan jumlah keluaran bagi tambahan seunit input berubah manakala MRP mengukur perubahan jumlah hasil bagi tambahan seunit input berubah.

Maka, perbezaannya adalah MPP diukur dalam unit fizikal tetapi MRP diukur dalam nilai wang (RM).

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keluk penawaran buruh di pasaran. [6]

- Keluk penawaran faktor bagi pasaran ialah keluk yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

Apabila upah naik ke W2, kuantiti buruh ditawarkan meningkat kepada L2.

Apabila upah turun ke W0, kuantiti buruh ditawarkan menurun kepada L0.

Apabila upah meningkat, kuantiti buruh ditawarkan meningkat.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1