EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2015 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Huraikan tiga masalah asas ekonomi. [6]

- Apa dan berapa hendak dikeluarkan.

Masalah ini bergantung pada permintaan dan penawaran masyarakat. 

- Bagaimana hendak dikeluarkan.

Masalah tersebut merujuk kepada teknik atau kaedah pengeluaran sesuatu barang.

- Untuk siapa hendak dikeluarkan.

Masalah ini merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada pelbagai golongan masyarakat dalam ekonomi.

(b) Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara barang modal dengan barang pengguna. [4]

- Barang siap digunakan oleh siapa.

Barang modal adalah barang siap atau barang akhir yang dikeluarkan oleh firma untuk mengeluarkan barangan lain manakala barang pengguna adalah barang siap atau barang akhir yang digunakan oleh pengguna.

- Barang modal tidak berubah bentuk fizikalnya semasa proses pengeluaran manakala barang pengguna terdiri daripada barang tahan lama dan tidak tahan lama.

SOALAN 2:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan permintaan dan lebihan penawaran? [2]

Lebihan permintaan merujuk kepada apabila kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan pada suatu tingkat harga tertentu di pasaran.

Lebihan penawaran merujuk kepada apabila kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta pada suatu tingkat harga tertentu di pasaran.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan proses keseimbangan pasaran tercapai apabila berlaku lebihan permintaan dan lebihan penawaran. [8]

- Pada harga P2 berlaku lebihan permintaan. Oleh itu, harga akan meningkat sehingga keseimbangan dicapai pada harga P0.

- Pada harga P1 berlaku lebihan penawaran. Oleh itu, harga akan menurun sehingga keseimbangan dicapai pada harga P0.

- Titik keseimbangan dicapai di E0, apabila keluk D0 bersilang dengan keluk S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.

SOALAN 3:

(a) Jelaskan maksud keanjalan permintaan harga. [2]

Keanjalan permintaan harga bermaksud mengukur peratus perubahan kuantiti diminta akibat peratus perubahan harga barang itu.

Rumus: Kadar perubahan kuantiti diminta / Kadar perubahan harga barang 

(b) Huraikan empat faktor yang menentukan keanjalan permintaan harga. [8] 

- Kewujudan pengganti.

Semakin banyak barang pengganti, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta akan menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih tinggi daripada kadar perubahan harga. Keadaan ini disebabkan pengguna mudah menggantikan barang ini dengan barang lain yang lebih murah.

Sebaliknya, semakin kurang barang pengganti, semakin tak anjal permintaan, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih rendah daripada kadar perubahan harga. Keadaan ini disebabkan pengguna sukar menggantikan barang tersebut dengan barang lain.

- Kepentingan barang.

Semakin kurang penting sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta akan menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada kadar perubahan harga.

Sebaliknya, semakin penting sesuatu barang, semakin tak anjal permintaan, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih rendah daripada kadar perubahan harga.

- Jenis barang.

Jika wujud ketagihan atau kesetiaan terhadap sesuatu barang, barang tersebut mempunyai permintaan tak anjal.

Sebaliknya, permintaan sesuatu barang beranjal sekiranya tidak wujud ketagihan terhadap barang ini.

- Bilangan kegunaan.

Semakin banyak kegunaan sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih tinggi daripada kadar perubahan harga.

Sebaliknya, semakin kurang kegunaan sesuatu barang, semakin tak anjal permintaan, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih rendah daripada kadar perubahan harga.

- Bahagian pendapatan yang dibelanjakan.

Semakin besar bahagian pendapatan yang dibelanjakan terhadap sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta dijangka menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada kadar perubahan harga.

Sebaliknya, semakin kecil bahagian pendapatan yang dibelanjakan terhadap sesuatu barang, semakin tk anjal permintaan, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih rendah daripada kadar perubahan harga.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah, 

(a) terangkan hukum pulangan sut berkurangan [3]

Hukum pulangan sut berkurangan berlaku apabila tambahan satu unit input berubah menyebabkan jumlah keluaran bertambah dengan kadar yang semakin berkurang. Hukum pulangan sut berkurangan ditunjukkan oleh keluk keluaran sut (MP) yang sedang menurun tetapi positif, iaitu berlaku antara buruh L1 hingga L2, seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di atas.

(b) jelaskan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran sut, dengan keluaran purata. [7]

Apabila jumlah keluaran (TP) meningkat, keluaran sut (MP) bernilai positif, iaitu pada tingkat penggunaan buruh antara 0 hingga L2. Apabila keluaran purata (AP) meningkat, keluaran sut (MP) lebih tinggi daripada AP, iaitu pada tingkat buruh antara 0 hingga L1.

Apabila TP mencapai maksimum, MP adalah sifar, iaitu pada buruh L2. Apabila AP mencapai maksimum, MP bersilang dengan AP, iaitu pada buruh L1.

Apabila TP menurun, MP bernilai negatif, iaitu selepas penggunaan buruh L2Apabila AP menurun, MP lebih rendah daripada AP, iaitu selepas buruh L1.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna yang memberhentikan operasi dalam jangka pendek. [10]

- Keseimbangan asal, MC = MR pada titik E0, harga P0,dan kuantiti Q0.

- Jumlah hasil 0P0E0Q0.

- Jumlah kos 0P1AQ0.

- Jumlah rugi P0P1AE0.

- Jika teruskan operasi firma rugi P0P1AE0.

- Jika tutup operasi firma rugi P2P1AB.

- Firma tutup operasi firma kerana jumlah kerugian lebih kecil daripada meneruskan operasi.

- Jumlah hasil tidak mampu menampung semua kos berubah 0P2BQ0.

SOALAN 6:

(a) Terangkan tiga cara firma pasaran persaingan bermonopoli membezakan keluaran di pasaran. [6]

- Pengiklanan.

Iklan dapat menyebarkan kebaikan dan keunikan sesuatu barang kepada pengguna. Dapat mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu barang. Iklan yang berjaya dapat meningkatkan permintaan terhadap keluaran firma. Jenis iklan yang sesuai ialah iklan persaingan, iaitu kelebihan sesuatu keluaran ditonjolkan berbanding dengan keluaran firma lain, terutama dari segi kualiti.

- Pembungkusan.

Keluaran dibeza-bezakan dari segi cara pembungkusan dan sifat luarannya. Cara pembungkusan yang menarik dan unik dapat menarik perhatian pengguna.

- Penjenamaan.

Langkah ini bertujuan menyakinkan pengguna bahawa jenama keluaran sesebuah firma adalah terunggul. Reka cipta baharu dan peningkatan kualiti dapat mengekalkan kesetiaan kepada jenama dalam kalangan pembeli.

(b) Huraikan dua keburukan persaingan bukan harga. [4]

- Pengiklanan yang tidak berjaya mengakibatkan banyak pembaziran sumber ekonomi.

- Pengiklanan meningkatkan kos pengeluaran yang mendorong firma menaikkan harga.

- Pengguna yang terpengaruh dengan iklan cenderung berbelanja dengan boros.

- Kenaikan harga keluaran untuk menampung kos pengiklanan dan perbelanjaan perkhidmatan selepas jualan.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



 💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1