EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2
大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2021 年的考试题目和解答思路。
PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !
PART 1 在这里噢:
EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)
仅供参考哦!
请看:
SOALAN 1:
Sebuah negara mengeluarkan dua jenis barang, iaitu barang modal dan barang pengguna.
Dengan menggunakan gambar rajah,
(a) Jelaskan KKP bagi kos lepas meningkat. [4]
- Untuk mengeluarkan 1 unit barang pengguna (kombinasi A ke B), perlu dilepaskan 1 unit barang modal.
- Apabila menambah seunit barang pengguna, jumlah barang modal yang dilepaskan semakin meningkat.
- Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.
(b) Huraikan kesan terhadap KKP masa hadapan apabila negara tersebut mementingkan pengeluaran masa kini ke atas barang modal berbanding dengan barang pengguna. [6]
- Jika pilihan masyarakat masa kini ialah kombinasi A, iaitu lebih banyak barang pengguna berbanding dengan barang modal, pertumbuhan ekonomi masa depan kurang pesat. Ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran yang sedikit ke kanan, iaitu dari X0Y0 ke X1Y1.
- Jika pilihan masyarakat masa kini ialah kombinasi B, iaitu lebih banyak barang modal berbanding dengan barang pengguna, pertumbuhan ekonomi masa depan lebih pesat. Ditunjukkan oleh peralihan keluk kemungkinan pengeluaran yang jauh e kanan, iaitu dari X0Y0 ke X2Y2.
SOALAN 2:
(a) Apakah hukum permintaan? [2]
Hukum permintaan adalah apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti diminta akan berkurangan. Jika harga sesuatu barang turun, maka kuantiti diminta akan meningkat.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan hukum permintaan. [8]
- Pada harga asal P0,
kuantiti diminta ialah Q0.
- Jika harga jatuh dari
P0 ke P2, kuantiti diminta meningkat dari Q0 ke
Q2.
- Kejatuhan harga
menyebabkan secara relatifnya harga barang ini lebih murah dan kuasa beli meningkat.
- Maka kuantiti diminta
barang tersebut meningkat.
- Jika harga naik dari
P0 ke P1, kuantiti diminta berkurang dari Q0 ke
Q1.
- Kenaikan harga
menyebabkan secara relatifnya harga barang ini lebih mahal dan kuasa beli berkurang.
- Maka kuantiti diminta
barang tersebut berkurang.
- Ini menunjukkan wujud
hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta.
- Keluk permintaan
bercerun negatif iaitu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
SOALAN 3:
(a) Jelaskan dasar harga maksimum. [2]
Dasar harga maksimum merujuk kepada tindakan kerajaan menetapkan harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran. Harga di pasaran tidak dibenarkan lebih tinggi daripada harga maksimum iaitu untuk menjaga kebajikan pengguna.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas keseimbangan pasaran apabila kerajaan mengenakan dasar harga maksimum ke atas pengeluaran sesuatu barang. [8]
- Keseimbangan asal di
E0, harga di P0, kuantiti di Q0.
- Apabila dasar harga
maksimum dilaksanakan iaitu harga di P1,
harga lebih rendah dari harga keseimbangan di P0.
- Harga menurun dari P0 kepada
P1.
- Ini menyebabkan
kuantiti ditawar turun dari Q0 ke Q1 dan kuantiti diminta naik dari Q0 ke Q2.
- Pasaran tak seimbang,
wujud lebihan permintaan sebanyak Q1Q2.
SOALAN 4:
(a) Takrifkan kos tetap dan kos berubah. [2]
Kos tetap adalah input yang tidak dapat ditambah dalam jangka pendek. Kos tetap tidak dipengaruhi oleh keluaran. Contoh kos tetap merupakan tanah dan bangunan kilang.
Kos berubah adalah input yang dapat diubah dalam jangka pendek. Kos berubah dipengaruhi oleh keluaran. Contoh kos berubah merupakan buruh dan bahan mentah.
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hubungan antara keluk kos purata dengan kos sut. [8]
- Apabila keluk kos sut berada di bawah keluk kos purata
maka keluk kos purata sedang menurun.
- Ini ditunjukkan pada tingkat output sebelum Q.
- Keluk kos sut memotong keluk kos purata apabila AC
mencapai titik minimum pada tingkat output Q.
- Apabila keluk kos sut berada di atas keluk kos purata
maka keluk kos purata sedang meningkat.
- Ini ditunjukkan pada tingkat output selepas Q.
SOALAN 5:
(a) Jelaskan maksud pasaran monopoli. [2]
Pasaran monopoli merujuk kepada pasaran yang terdiri daripada satu firma yang mengeluarkan output yang tidak mempunyai pengganti hampir.
(b) Huraikan empat faktor yang mewujudkan monopoli. [8]
- Ekonomi bidangan.
Keupayaan sebuah firma untuk mengeluarkan output secara besar-besaran membolehkan firma tersebut beroperasi dengan cekap dan menikmati ekonomi bidangan dan menjual dengan harga yang lebih murah.
- Saiz modal yang besar.
Dalam industri tertentu, firma perlu memiliki saiz modal yang besar untuk menjalankan operasinya dengan cekap.
Contohnya, industri pengangkutan udara, pembuatan senjata, dan pengeluaran kereta yang memerlukan kos yang sangat tinggi.
- Pemilikan teknologi tertentu.
Dalam industri tertentu, firma perlu memiliki teknologi tinggi yang khusus untuk menjalankan operasi dengan cekap.
Misalnya, teknologi khusus untuk membuat kapal selam dan kapal terbang.
- Penggabungan firma menjadi satu industri.
Penggabungan beberapa buah firma dalam satu industri boleh mewujudkan monopoli.
Penggabungan membolehkan firma mengumpul modal yang lebih besar.
Penggabungan mungkin berlaku secara mendatar, menegak, atau melebar.
SOALAN 6:
Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran buruh sekiranya,
(a) Umur persaraan wajib dilanjutkan dari 60 tahun kepada 65 tahun. [5]
- Keseimbangan asal di E1 apabila S1S1 bersilang dengan D1D1 dengan upah W1 dan kuantiti buruh L1.- Apabila umur
persaraan wajib dilanjutkan, ini akan meningkatkan penawaran buruh.
- Keluk penawaran
beralih ke kanan dari S1S1 ke S2S2.
- Lebihan penawaran
buruh sebanyak E1B akan mendorong tingkat upah jatuh dari W1 ke W2.
- Keseimbangan baharu
di E2 apabila S2S2
bersilang dengan D1D1 iaitu upah di W2 dan
kuantiti buruh meningkat dari L1 ke L2.
(b) Kos pendidikan dan latihan dibiayai oleh kerajaan dan swasta. [5]
- Keseimbangan asal di E1 apabila S1S1 bersilang dengan D1D1.- Apabila kos
pendidikan dan latihan dibiayai, maka bilangan buruh mahir dan cekap akan
meningkat.
- Peningkatan daya
produktiviti buruh akan meningkatkan permintaan buruh dari D1 ke
D2.
- Lebihan permintaan
sebanyak E1B akan mendorong tingkat upah naik dari W1 ke
W2.
- Keseimbangan baharu
di E2 apabila S1S1
bersilang dengan D2D2 iaitu upah di W2 dan
kuantiti buruh meningkat dari L1 ke L2.
好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!