EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2016 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan ke atas harga dan kuantiti keseimbangan suatu barang di pasaran sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas input pengeluaran barang itu. [10]

- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan penawaran S1S1 pada harga P0 dan kuantiti Q0.

- Apabila kerajaan mengenakan cukai ke atas input pengeluaran, kos pengeluaran bertambah dan penawaran berkurang. Oleh itu, keluk penawaran bergerak ke kiri dari S1S1 ke S2S2.

- Keseimbangan baru dicapai di E1 apabila keluk D0D0 bersilang dengan keluk S2S2.

- Kesannya, harga meningkat dari P0 ke P1 manakala kuantiti berkurang dari Q2 ke Q1.

SOALAN 2:

(a) Takrifkan dasar harga maksimum dan dasar harga minimum. [2]

Dasar harga maksimum merujuk kepada tindakan keanjalan menetapkan harga pada tingkat yang lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran 

Dasar harga minimum merujuk kepada tindakan keanjalan menetapkan harga yang lebih tinggi daripada harga keseimbangan di pasaran.

(b) 

(i) Dalam keadaan bagaimanakah kerajaan boleh melaksanakan dasar harga maksimum? [2]

Kerajaan menjalankan dasar harga maksimum apabila harga sesuatu barang terlalu tinggi di pasaran sehingga membebankan pengguna.

(ii) Huraikan tiga tujuan dasar harga maksimum dilaksanakan oleh kerajaan. [6]

- Untuk menjamin kestabilan harga di pasaran terutamanya pada musim perayaan. 

Misalnya, kerajaan menjalankan dasar harga maksimum untuk ayam pada musim perayaan bagi menjamin pengguna mendapat bekalan pada harga yang rendah.

- Untuk mengurangkan beban pengguna akibat kenaikan harga sesuatu barang.

Kerajaan menjalankan dasar harga maksimum bagi membantu pengguna mendapat barang keperluan pada harga yang rendah.

- Untuk mengelakkan pengguna daripada ditindas oleh pengeluar di pasaran.

Pengeluar akan menaikkan harga sesuka hati terutamanya pada musim perayaan untuk meningkatkan keuntungan. Oleh itu, kerajaan menjalankan dasar harga maksimum bagi membantu pengguna mendapat barang keperluan pada harga yang rendah untuk menjamin kebajikan pengguna.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata jangka panjang (LAC) bagi sebuah firma.

Huraikan lima faktor keluk kos purata jangka panjang (LAC) firma tersebut beralih dari LAC ke LAC1. [10]

- Ekonomi pembangunan buruh.

Perkembangan kawasan perindustrian mewujudkan lebih ramai tenaga buruh mahir, maka kos latihan dapat dijalankan.

- Ekonomi penyelidikan dan pembangunan.

Hasil penyelidikan dan pembangunan oleh Institusi Pengajian Tinggi, MARDI, dan SIRIM menghasilkan teknik pengeluaran moden. Ini menyebabkan daya pengeluaran meningkat.

- Ekonomi infrastruktur.

Kemudahan infrastruktur akan menjimatkan masa dan kos operasi. 

Kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti sistem pengangkutan.

- Ekonomi bekalan input.

Industri membekalkan bahan mentah dan modal yang murah.

- Ekonomi penempatan / Ekonomi pemusatan.

Firma yang mengeluarkan keluaran berbeza di tempat yang sama. Ini akan memudahkan firma berkaitan mendapatkan bekalan faktor. 

SOALAN 4:

(a) Jelaskan dua dasar kerajaan yang digunakan untuk mengawal kuasa monopoli di pasaran. [4]

- Dasar peletakan harga - kos sut (P = MC), iaitu untuk mencapai kecekapan peruntukan.

Dasar P = MC menyebabkan harga keseimbangan monopoli turun, keluaran meningkat, dan kebajikan masyarakat meningkat.

- Dasar peletakan harga - kos purata (P = AC), iaitu untuk mencapai kecekapan pengeluaran.

Dasar P = AC menyebabkan harga monopoli menjadi lebih rendah, keluaran meningkat, dan lebihan pengguna meningkat.

(b) Huraikan tiga faktor yang menghalang kemasukan firma lain ke dalam pasaran monopoli. [6]

- Sekatan undang-undang.

Kewujudan monopoli disebabkan undang-undang yang digubal oleh kerajaan sesebuah negara.

Pemberian hak paten kepada syarikat tertentu sahaja.

- Teknologi pengeluaran.

Penggunaan teknologi yang khusus untuk pengeluaran secara besar-besaran.

- Memerlukan sumber kewangan yang besar.

Memiliki modal tinggi dengan kemudahan mendapat pinjaman. Oleh itu, firma lain sukar memasuki pasaran. 

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana pemonopoli dalam jangka pendek memperoleh

(a) untung normal. [5]

- Keseimbangan tercapai di E1 apabila MC = MR pada harga P1 dan kuantiti Q1.

- Jumlah hasil ialah sebanyak 0P1BQ1.

- Jumlah kos ialah sebanyak 0P1BQ2.

- Maka, pemonopoli menerima untung normal apabila TR = TC atau AR = AC.

(b) untung lebih normal. [5]

- Keseimbangan tercapai di E1 apabila MC = MR pada harga P1 dan kuantiti Q1.

- Jumlah hasil ialah sebanyak 0P1BQ1.

- Jumlah kos ialah sebanyak 0C1FQ1.

- Maka, pemonopoli menerima untung lebih normal sebanyak C1P1BF.

- Pemonopoli menerima untung lebih normal apabila TR > TC atau AR > AC.

SOALAN 6:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan 

    (i) Sewa ekonomi? [2]

Sewa ekonomi merujuk kepada lebihan bayaran diterima faktor pengeluaran berbanding bayaran diperoleh daripada pilihan kedua terbaik.

    (ii) Perolehan pindahan? [2]

Perolehan pindahan merujuk kepada bayaran minimum kepada faktor pengeluaran untuk mengelakkan digunakan untuk pilihan kedua terbaik.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perbezaan antara sewa ekonomi dengan perolehan pindahan bagi keluk penawaran faktor yang anjal. [6]

- Keseimbangan pasaran faktor berlaku apabila keluk SS bersilang dengan keluk DD di titik E pada harga P dan kuantiti Q.

- Sewa ekonomi ialah CPE manakala perolehan pindahan ialah 0CEQ.

- 0CEQ lebih besar daripada CPE atau perolehan pindahan lebih besar daripada sewa ekonomi.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!

💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1