EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2017 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Dengan memberikan contoh, terangkan perkaitan konsep kekurangan, konsep pilihan, dan konsep kos lepas bagi: 

(a) Pengguna [5]

- Konsep kekurangan.

Bagi pengguna, konsep kekurangan berkaitan dengan pendapatan pengguna yang terhad.

Contohnya, pengguna mempunyai pendapatan RM 100.00 yang terhad untuk membeli kesemua barang yang dikehendaki.

- Konsep pilihan.

Bagi pengguna, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk membeli barang yang memaksimumkan kepuasannya.

Contohnya, pengguna memilih untuk membeli sehelai baju atau sepasang kasut.

- Konsep kos lepas.

Kos lepas adalah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan apabila pilihan terbaik dibuat oleh pengguna.

Contohnya, pengguna memilih membeli baju, kos lepasnya adalah kasut.

(b) Pengeluar [5]

- Konsep kekurangan.

Bagi pengeluar, konsep kekurangan berkaitan dengan sumber ekonomi yang terhad.

Contohnya, seorang pengeluar mempunyai sebidang tanah yang terhad untuk menjalankan proses pengeluaran.

- Konsep pilihan.

Bagi pengeluar, konsep pilihan berkaitan dengan membuat pilihan untuk mengeluarkan jenis barang atau teknik pengeluaran yang memaksimumkan untung.

Contohnya, pengeluar memilih untuk mengeluarkan padi atau jagung.

- Konsep kos lepas.

Kos lepas adalah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan apabila pilihan terbaik dibuat oleh pengeluar.

Contohnya, pengeluar memilih mengeluarkan padi, kos lepasnya adalah jagung.

SOALAN 2:

Huraikan lima faktor penurunan permintaan motorsikal tempatan. [10]

- Faktor jangkaan harga masa depan turun.

Pengguna telah menjangkakan harga motorsikal tempatan akan menurun pada masa depan, maka mereka akan mengurangkan pembelian motorsikal tempatan pada masa ini. Hal ini menyebabkan permintaan motorsikal berkurang.

- Faktor pendapatan pengguna.

Faktor pendapatan pengguna menurun menyebabkan kuasa beli pengguna berkurang. Oleh itu, permintaan pengguna terhadap motorsikal tempatan akan berkurang.

- Faktor cita rasa pengguna.

Faktor cita rasa pengguna turun sebab pengguna tidak berminat terhadap motorsikal tempatan kerana pengguna lebih berminat terhadap motorsikal import menyebabkan permintaan motorsikal tempatan berkurang.

- Faktor harga barang pengganti turun.

Apabila harga motorsikal import turun, pengguna akan memilih membeli motorsikal import kerana harganya lebih murah. Oleh itu, permintaan motorsikal tempatan berkurang.

- Faktor perubahan saiz atau struktur penduduk, ramai orang tua atau pencen.

Faktor tersebut menyebabkan permintaan motorsikal tempatan berkurang.

- Faktor peningkatan harga barang penggenap.

Apabila harga petrol meningkat, permintaan motorsikal tempatan akan berkurang.

SOALAN 3:

Kenaikan harga besi dan kenaikan pendapatan pengguna menyebabkan peralihan keluk penawaran lebih kecil berbanding dengan peralihan keluk permintaan dalam pasaran kereta.

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peralihan kedua-dua keluk tersebut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan dalam pasaran kereta tempatan. [10]

- Keseimbangan asal dicapai di titik E0 apabila keluk perminataan D0Dbersilang dengan keluk penawaran S0S0 pada harga P0 dan kuantiti Q0.

- Kenaikan harga besi menyebabkan kos pengeluaran meningkat, jadi penawaran berkurang, keluk penawaran ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

- Kenaikan pendapatan menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah, permintaan bertambah, keluk permintaan bergerak ke kanan dari D0D0 ke D1D1.

- Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila keluk D1Dbersilang dengan keluk S0S0.

- Kesannya, harga meningkat dari Pke P1 dan kuantiti juga meningkat dari Q0 ke Q1.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ekonomi bidangan dalaman dan kesan ekonomi bidangan luaran ke atas keluk kos purata jangka panjang. [10]

Kesan Ekonomi Bidangan Dalaman

- Ekonomi bidangan dalaman adalah manfaat yang diperoleh oleh firma ekoran pembesaran skala pengeluaran firma.

- Ekonomi bidangan dalaman menyebabkan kos purata menurun dengan pertambahan output.

- Kesan ini ditunjukkan oleh bahagian di sepanjang keluk LAC yang merosot dari titik A ke titik B. 

Kesan Ekonomi Bidangan Luaran

- Ekonomi bidangan luaran adalah manfaat yang diperoleh oleh firma ekoran pembesaran industri yang membawa kepada penurunan kos purata pada setiap tingkat output.

- Kesan ini dirunjukkan oleh peralihan keluk kos purata jangka panjang ke bawah dari LAC0 ke LAC1.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan sempurna mencapai keseimbangan dalam jangka panjang. [10]

- Firma mencapai keseimbangan apabila MC = MR.

- Pada harga P2, firma mendapat untung lebih normal kerana TR > TC.

- Ini menyebabkan firma lain masuk dalam pasaran maka harga turun dari P2 ke P0.

- Keseimbangan baharu dicapai pada E0 di mana TR = TC.

- Oleh itu, firma memperoleh untung normal dalam jangka panjang dan tiada lagi firma keluar masuk pasaran.

- Pada harga P1, firma mendapat untung kurang normal kerana TC > TR.

- Keadaan ini menyebabkan firma rugi dan keluar dari pasaran, maka harga akan meningkat dari P1 ke P0.

- Keseimbangan baharu dicapai pada E0 di mana TR = TC.

- Oleh itu, firma memperoleh untung nornal pada jangka panjang dan tiada lagi firma keluar masuk.

SOALAN 6:

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran persaingan bermonopoli? [2]

Pasaran persaingan bermonopoli merujuk kepada pasaran dengan banyak firma menjual barang yang boleh dibezakan.

(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang terdapat dalam pasaran persaingan bermonopoli. [8]

- Pembezaan produk.

Setiap firma akan berusaha memenuhi cita rasa pengguna dan mengekalkan pengguna setia.

- Pengiklanan.

Pengiklanan bertujuan untuk memelihara perhubungan baik antara firma dan pengguna.

- Galakan jualan atau Promosi.

Cara ini berkesan untuk meningkatkan jualan firma dalam jangka pendek. 

- Penjenamaan.

Penjenamaan dapat menunjukkan prestij seseorang pengguna.

- Perkhidmatan selepas jualan.

Perkhidmatan selepas jualan memberi jaminan atau waranti atas barang yang dijual.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1