EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2022 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Berikan satu contoh barang percuma dan satu contoh barang ekonomi. [2]

Satu contoh barang percuma adalah sinaran matahari manakala satu contoh barang ekonomi adalah makanan.

(b) Huraikan empat perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi. [8]

- Definisi.

Barang percuma adalah barang yang diperoleh tanpa melibatkan kos pengeluaran sebab ia merupakan anugerah alam semula jadi.

Barang ekonomi adalah barang yang diperoleh dengan melibatkan kos pengeluaran sebab ia merupakan ciptaan manusia.

- Penawaran.

Barang percuma adalah penawaran tidak terhad.

Barang ekonomi adalah penawaran terhad.

- Harga.

Barang percuma tidak mempunyai harga.

Barang ekonomi mempunyai harga.

- Kos lepas.

Penggunaan barang percuma tidak melibatkan kos lepas.

Penggunaan barang ekonomi melibatkan kos lepas.

SOALAN 2:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kepada harga dan kuantiti keseimbangan kereta jika peningkatan permintaan sekiranya keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran adalah anjal. [10]

- Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila penawaran bersilang dengan permintaan (S0S0 = D0D0) pada tingkat harga P0 dan kuantiti Q0.

- Apabila permintaan bertambah, keluk permintaan beralih ke kanan, iaitu ke D0D0 D1D1

- Keseimbangan baharu dicapai pada titik e apabila S0S0 = D1D1 pada tingkat harga P1 dan kuantiti Q1.

- Jadi, tingkat harga naik dari P0 ke P1 dan kuantiti meningkat daripada Q0 kepada Q1.

SOALAN 3:

(a)

(i) Takrifkan keanjalan permintaan silang. [1]

Keanjalan permintaan silang bermaksud kadar perubahan kuantiti diminta akibat perubahan harga barang yang lain.

(ii) Terangkan bagaimana keanjalan permintaan silang boleh digunakan untuk menentukan hubungan antara dua barang. [3]

Keanjalan permintaan silang dapat menentukan perkaitan atau hubungan antara barang sama ada suatu barang merupakan barang penggenap atau barang pengganti atau barang tidak berkaitan dengan barang lain. 

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah negatif, dua barang tersebut merupakan barang penggenap. 

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah positif, dua barang tersebut merupakan barang pengganti. 

Apabila nilai keanjalan permintaan silang adalah sifar, dua barang tersebut merupakan barang yang tidak berkaitan atau barang neutral.

(b) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan permintaan sesuatu barang lebih anjal. [6]

- Kewujudan pengganti.

Semakin banyak barang pengganti, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta akan menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih tinggi daripada kadar perubahan harga. Keadaan ini disebabkan pengguna mudah menggantikan barang tersebut dengan barang lain yang lebih murah.

- Kepentingan barang.

Semakin kurang penting sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta akan menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada kadar perubahan harga.

- Bahagian pendapatan yang dibelanjakan.

Semakin besar bahagian pendapatan yang dibelanjakan terhadap sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta dijangka menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada kadar perubahan harga.

- Jenis barang.

Permintaan sesuatu barang beranjal sekiranya tidak wujud ketagihan terhadap barang tersebut.

- Bilangan kegunaan.

Semakin banyak kegunaan sesuatu barang, semakin beranjal permintaan. Apabila harga barang naik, kuantiti diminta menurun dengan banyak, iaitu kadar perubahan kuantiti diminta lebih tinggi daripada kadar perubahan harga.

SOALAN 4:

(a) Takrifkan fungsi pengeluaran. [2]

Fungsi pengeluaran bermaksud persamaan atau rajah yang menunjukkan hubungan antara input dengan output. 

Contohnya Q = f(K,L), dengan Q ialah output, K ialah input modal, dan L ialah input berubah.

(b) Berikan satu contoh input tetap dan satu contoh input berubah. [2]

Satu contoh input tetap adalah jentera dan kilang manakala satu contoh input berubah adalah buruh dan bahan mentah.

(c) Huraikan tiga perbezaan antara input tetap dengan input berubah. [6]

 - Definisi.

Input tetap adalah jenis input yang tidak perlu ditambah apabila output bertambah.

Input berubah adalah jenis input yang perlu ditambah apabila output bertambah.

- Jangka masa.

Input tetap hanya berlaku dalam jangka masa pendek.

Input berubah wujud dalam jangka masa pendek dan panjang.

- Output.

Pada tingkat output sifar, masih wujud input tetap.

Pada tingkat output sifar, tidak wujud input berubah.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan jenis keuntungan yang diterima oleh firma pasaran persaingan sempurna dalam jangka pendek. [10]

Untung lebih normal:

- Keseimbangan firma dicapai pada titik e apabila MR = MC pada output Q0 dan harga P0.

- Pada output Q0, jumlah hasil ialah 0P0eQ0 dan jumlah kos ialah 0P1fQ0.

- Jadi, firma menikmati untung lebih normal sebanyak P0P1ef sebab jumlah hasil melebihi jumlah kos.

Untung kurang normal:

- Keseimbangan firma dicapai pada titik e0 apabila MC = MR pada harga dan output ialah P0 dan Q0.

- Pada output Q0, jumlah hasil ialah 0P0e0Q0 dan jumlah kos ialah 0P1fQ0.

Jadi, firma memperoleh untung kurang normal kerana jumlah kos melebihi jumlah hasil sebesar P0P1fe0.

Untung normal:

- Keseimbangan firma dicapai pada titik e apabila MR = MC pada output Q0 dan harga P0.

- Pada output Q0, jumlah hasil dan jumlah kos ialah 0P0eQ0.

- Jadi, firma menikmati untung normal sebab jumlah hasil sama dengan jumlah kos. 

SOALAN 6:

Dalam menggunakan gambar rajah yang berasingan, jelaskan kesan ke atas keseimbangan pasaran buruh sekiranya,

(a) lebih ramai wanita memasuki pasaran buruh. [5] 

- Keseimbangan asal dicapai pada titik e0 apabila S0S0 buruh bersilang dengan D0D0 buruh pada upah W0 dan kuantiti buruh L0.

- Apabila wanita memasuki pasaran buruh bertambah, maka mengehadkan penawaran buruh di pasaran ini.  

- Dengan pengurangan penawaran buruh, keluk penawaran buruh beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1.

- Keseimbangan baharu dicapai pada titik e1 apabila S1S1 = D0D0 pada upah W1 dan kuantiti buruh L1.

- Jadi, upah meningkat dari W0 ke W1, tetapi kuantiti buruh menurun daripada L0 kepada L1.

(b) kos pendidikan dan latihan di pasaran meningkat. [5] 

Keseimbangan asal di E1 apabila S1S1 bersilang dengan D1D1.

Apabila kos pendidikan dan latihan meningkat di pasaran, maka bilangan buruh mahir dan cekap akan meningkat.

Peningkatan daya produktiviti buruh akan meningkatkan permintaan buruh dari D1 ke D2.

Lebihan permintaan sebanyak E1B akan mendorong tingkat upah naik dari W1 ke W2.

Keseimbangan baharu di E2 apabila S1S1 bersilang dengan D2D2 iaitu upah di W2 dan kuantiti buruh meningkat dari L1 ke L2.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1