EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2023 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Huraikan lima ciri sistem ekonomi campuran. [10]

- Pemilikan faktor.

Sistem ekonomi campuran merujuk kepada individu bebas memiliki sumber ekonomi dan terdapat sumber milik kerajaan untuk mengeluarkan barang awam.

- Pembuat keputusan.

Dalam sistem ekonomi campuran, pengguna, pengeluar, dan pihak kerajaan membuat keputusan ekonomi bersama-sama.

Peruntukan sumber ditentukan oleh mekanisme harga dan dikawal oleh pihak kerajaan melalui undang-undang dan peraturan.

Sistem ekonomi campuran merujuk kepada individu dan pihak swasta bebas memilih barang untuk memaksimumkan kepuasan dan memaksimumkan keuntungan.

Pihak kerajaan memiliki faktor pengeluaran bagi memaksimumkan kebajikan dengan mengeluarkan barang awam. 

- Peruntukan sumber / Insentif.

Sistem ekonomi campuran merujuk kepada individu bebas memperoleh dan mencari kekayaan dan pengeluar bebas bersaing untuk mendapatkan keuntungan maksimum, tetapi dikawal oleh pihak kerajaan.

Pihak kerajaan mengeluarkan barang awam bagi memaksimumkan kebajikan masyarakat.

Jadi, terdapat pelbagai insentif untuk menambahkan daya saing individu dan pihak kerajaan.

- Penentuan harga.

Harga barang yang tidak ditentukan oleh pihak kerajaan ditentukan dengan melalui mekanisme harga.

Harga barang keperluan ditentukan oleh pihak kerajaan bagi menjaga kebajikan masyarakat.

- Persaingan / Daya saing.

Pengeluar bebas bersaing sesama sendiri.

Pihak kerajaan memastikan persaingan yang sihat dan adil.

SOALAN 2:

(a) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri. [2]

- Faktor cita rasa pengguna tidak gemar terhadap suatu barang.

- Faktor penurunan harga barang pengganti.

- Faktor kenaikan harga barang penggenap.

- Faktor pendapatan isi rumah berkurangan.

- Faktor jangkaan untuk penurunan harga komoditi pada masa hadapan.

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan perubahan harga kereta ke atas permintaan petrol jika kereta dan petrol ialah barang penggenap. [8]

没有答案哦!

SOALAN 3:

(a) Takrifkan keanjalan permintaan pendapatan. [2]

Keanjalan permintaan pendapatan (Ey) merujuk kepada kadar perubahan kuantiti diminta akibat perubahan tingkat pendapatan.

Rumus Ey = Perubahan Peratus Kuantiti Diminta / Perubahan Peratus Pendapatan

(b) Terangkan bagaimana keanjalan permintaan pendapatan mengelaskan empat jenis barang. [8]

- Barang normal.

Kuantiti permintaannya bertambah apabila pendapatan bertambah tetapi tambahan yang diminta adalah lebih kecil berbanding dengan tambahan pendapatan.

Nilai pekali keanjalan permintaan pendapatannya adalah kurang atau sama dengan satu tetapi lebih daripada sifar.

- Barang mewah.

Kuantiti permintaannya bertambah apabila pendapatan bertambah tetapi tambahan kuantiti yang diminta lebih besar berbanding dengan tambahan pendapatan.

Nilai pekali keanjalan permintaan pendapatannya adalah kurang atau sama dengan satu tetapi lebih daripada sifar. 

- Barang mesti.

Kuantiti permintaannya tidak berubah walaupun pendapatan berubah.

Nilai pekali keanjalan pendapatannya adalah sama dengan sifar.

- Barang bawahan.

Kuantiti permintaannya berkurangan apabila pendapatan bertambah.

Nilai pekali keanjalan pendapatannya adalah kurang daripada sifar atau negatif.

SOALAN 4:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk kos purata jangka panjang dibentuk. [10]

- Dalam jangka panjang, semua input merupakan input berubah termasuk saiz loji.

- Firma yang ingin menambah output akan menambah saiz loji untuk meminimumkan kos dalam jangka panjang.

- Saiz loji diwakili oleh keluk kos purata jangka pendek (SAC) sebab dalam jangka pendek, kos purata diwakili oleh satu input tetap, iaitu satu saiz loji.

- Andaikan firma menggunakan saiz loji asal SAC1, untuk mengeluarkan output sebanyak Q1Kos purata ialah C1 yang ditunjukkan oleh titik a.

- Apabila firma ingin menambah output kepada Q2, firma masih menggunakan saiz loji SAC1 untuk meminimumkan kos. Kos purata menurun daripada C1 kepada C2 yang ditunjukkan oleh titik b.

- Firma ingin menambah output kepada Q3Maka, firma akan menambah saiz loji SAC2 untuk mengurangkan kos purata kepada C3 seperti ditunjukkan oleh titik c.

- Jika firma masih menggunakan saiz loji SAC1 untuk mengeluarkan output Q3, kos purata akan meningkat kepada C4 seperti ditunjukkan oleh titik d.

- Pada tingkat output Q4, firma boleh menambah saiz loji SAC3 dan mengurangkan kos purata kepada C5 seperti ditunjukkan oleh titik e.

- Keluk kos purata jangka panjang (LAC) diperoleh dengan menyambung titik a, b, c, dan e. Keluk LAC menyampul atau tangen kepada keluk-keluk SAC dan dinamakan keluk sampul.

- Manakala, selepas satu tingkat output tertentu, iaitu Q0, kos purata akan meningkat walaupun firma terus menambah saiz loji seperti SAC4.

- Kos purata jangka panjang mencapai tingkat minimum pada output Q0 dengan saiz loji SAC0.

- Oleh itu, keluk kos purata jangka panjang juga berbentuk 'U', iaitu mula-mula menurun dan kemudian meningkat apabila output bertambah.

- Keluk kos purata jangka panjang sebenarnya merupakan satu keluk licin sebab terdapat pelbagai saiz loji.

- Bentuk 'U' yang luas menyebabkan keluk LAC dinamakan keluk kuali.

- Jelas bahawa setiap titik di sepanjang keluk kos purata jangka panjang menunjukkan tingkat kos purata yang boleh diminimumkan pada pelbagai tingkat output dengan menggunakan saiz loji yang sesuai.

- Keluk LAC merupakan keluk perancangan sebab firma boleh merancang dan memilih saiz loji yang sesuai untuk meminimumkan kos berdasarkan tingkat output.

SOALAN 5:

Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan bermonopoli yang memperoleh untung lebih normal dalam jangka pendek namun memperoleh untung normal dalam jangka panjang. [10]

Untung Lebih Normal:

Keseimbangan jangka pendek firma persaingan bermonopoli dicapai pada titik e pada output Q0 dan harga P0.

- Pada tingkat output Q0, firma mencapai untung lebih normal apabila keluk AR iaitu keuntungan sebanyak P0P1fg.

Untung Normal:

Keseimbangan jangka panjang firma persaingan bermonopoli dicapai pada titik e apabila MR = LMC pada output Q0 dan harga P0.

- Firma mengalami untung normal kerana AR = LAC pada output Q0.

- Keadaan ini disebabkan ciri kebebasan masuk keluar firma.

SOALAN 6:

(a) Apakah maksud kadar bunga? [2]

Kadar bunga bermaksud bunga biasanya diukur dalam peratusan.

(b) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar. [8]

Kadar bunga nominal adalah kadar bunga yang dikenakan terhadap sejumlah modal wang yang dipinjam. 

Kadar bunga benar adalah kadar bunga yang telah diselaraskan dengan tingkat harga umum, iaitu kadar bunga nominal ditolak dengan kadar inflasi.

ANDAIKAN:

Bonnie meminjam sejumlah wang dari sebuah bank perdagangan.

Kadar faedah dikenakan sebanyak 10%.

Kadar inflasi pula 4%.

Oleh itu, kadar bunga nominal adalah 10%.

Kadar bunga benar = 10% - 4%

                                 = 6%

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1