PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1


标题所见,今天要分享的是 Akaun Sem 1 2014年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

Villa Jasmine yang dimiliki oleh Encik Jamil beroperasi di Habu, Cameron Highlands dengan menawarkan perkhidmatan sewaan chalet. Encik Jamil telah membuka akaun bank berasingan dan menyimpan rekod khas untuk perniagaannya. Selain itu, Encik Jamil bercadang untuk menyediakan penyata akaun perniagaan secara suku tahun untuk menilai prestasi perniagaannya. Perniagaan Villa Jasmine mula beroperasi pada 1 Julai 2013. 

Maklumat yang berikut dipetik daripada buku akaun Villa Jasmine pada 30 September 2013 selepas beroperasi selama tiga bulan.

 

RM

Akaun belum bayar

9,150

Akaun belum terima

2,850

Ambilan

1,800

Bangunan

60,000

Bekalan pejabat

6,120

Belanja bekalan pejabat

650

Belanja gaji dan upah

10,800

Belanja pengiklanan

1,730

Belanja pelbagai

2,600

Belanja utiliti

1,910

Hasil sewa

16,750

Insurans prabayar

3,360

Modal

120,000

Perabot dan peralatan

26,800

Pinjaman

30,000

Sewa belum terima

4,800

Tanah

40,000

Tunai di bank

22,080

Maklumat Tambahan:

(1) Bekalan yang masih belum digunakan pada 30 September 2013 berjumlah RM 2,800.

(2) Pinjaman adalah untuk tempoh lima tahun pada kadar 12% setahun bermula 1 September 2013.

(3) Polisi insurans yang diperoleh pada penghujung bulan Julai 2013 adalah untuk tempoh satu tahun bermula 1 Ogos 2013.

(4) Susut nilai tahunan bagi bangunan ialah 3% manakala susut nilai tahunan bagi perabot dan peralatan ialah 5%.

(5) Sewa belum terima merupakan bayaran sewaan chalet yang diterima daripada pelanggan yang membuat tempahan awal. Sebanyak 60% daripada amaun yang diterima ialah sewaan untuk bulan Julai hingga September 2013.

(6) Upah terakru bagi bulan September 2013 berjumlah RM 400.

Dikehendaki:

(a) Jelaskan maksud setiap andaian atau prinsip perakaunan yang berikut, dan berikan satu contoh yang diambil daripada kes Villa Jasmine untuk menunjukkan bahawa andaian atau prinsip tersebut telah dipatuhi.

    (i)     Andaian entiti berasingan. [1 markah]

    (ii)    Andaian berkala. [1 markah]

    (iii)   Prinsip pengiktirafan hasil. [1 markah]

    (iv)   Prinsip pemadanan. [1 markah]

(b) Sediakan, bagi Villa Jasmine,

(i) catatan jurnal pelarasan yang diperlukan bagi tempoh tiga bulan pertama operasi. [8 markah]

(ii) penyata pendapatan bagi suku tahun berakhir 30 September 2013. [3 markah]

(iii) kunci kira-kira pada 30 September 2013. [5 markah]

SOALAN 2:

Pada 1 Januari 2012, Vincent Enterprise telah memulakan perniagaan dengan modal yang disumbangkan oleh pemiliknya sebanyak RM 50,000. Perniagaan ini mengamalkan sistem inventori berterusan. 

Yang berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang tahun 2013.

(1) Urus niaga belian dan jualan inventori sepanjang tahun 2011 adalah seperti di bawah. 

Tarikh

Urus Niaga

Baki unit

Belian

Jualan

01 Januari

1,000 unit @ RM 2.00

 

1,000

15 Januari

 

300 unit @ RM 5.00

700

01 Februari

 

500 unit @ RM 6.00

200

01 April

2,000 unit @ RM 3.00

 

2,200

30 Jun

 

400 unit @ RM 6.00

1,800

30 Jun

 

700 unit @ RM 6.50

1,100

15 September

1,500 unit @ RM 3.50

 

2,600

01 November

700 unit @ RM 3.70

500 unit @ RM 7.00

2,800

20 Disember

 

1,500 unit @ RM 7.00

1,300

(2) Pada 1 Januari 2013, Vincent Enterprise telah membeli sebuah van terpakai pada harga RM 23,000 dengan membayar RM 10,000 secara tunai, dan bakinya dibayar menggunakan pinjaman bank dengan kadar faedah 6% setahun. Van itu dijangka dapat digunakan bagi tempoh lima tahun dengan nilai sisa RM 5,000, dan akan disusut nilai dengan menggunakan kaedah jumlah angka tahun. Bayaran pokok dan faedah pinjaman itu perlu diselesaikan pada akhir tahun.

(3) Pada 1 Julai, Vincent Enterprise memperoleh pinjaman daripada Bank Global sebanyak RM 100,000 dengan kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun. Faedah atas pinjaman dibayar dua kali setahun, iaitu pada 1 Januari dan 1 Julai setiap tahun.

(4) Belanja pentadbiran sepanjang tahun ialah RM 12,000 dengan tidak mengambil kira belanja faedah dan belanja susut nilai.

Dikehendaki:

(a) Sediakan, bagi Vincent Enterprise,

(i) catatan jurnal untuk merekodkan pembelian van dan pinjaman bank. [2 markah]

(ii) catatan jurnal pelarasan berkaitan vam dan perolehan pinjaman bank. [5 markah]

(iii) penyata pendapatan perbandingan antara kaedah pengekosan inventori masuk dulu keluar dulu (MDKD) dengan kaedah pengekosan inventori masuk kemudian keluar dulu (MKKD). [11 markah]

(b) Berikan justifikasi perbezaan nilai kos barang dijual antara kaedah MDKD dengan kaedah MKKD. [2 markah]

SOALAN 3:

Maklumat yang berikut melibatkan perniagaan Percetakan Ekspres bagi tahun berakhir 31 Mei 2013.

(1) Nota diterbitkan kepada pembekal pada 1 Julai 2012 bernilai RM 240,000. Nota ini dikenakan faedah pada kadar 12% setahun yang perlu dijelaskan secara bulanan, manakala amaun pokok perlu dijelaskan dalam tiga ansuran yang sama amaunnya pada setiap 30 Jun bermula pada 30 Jun 2013. Faedah bagi bulan Mei 2013 belum dijelaskan lagi.

(2) Amaun yang terhutang kepada pembekal daripada belian kredit ialah RM 35,000.

(3) Pendahuluan yang diterima daripada pelanggan untu kerja yang akan dilaksanakan pada bulan November 2013 ialah RM 2,700.

(4) Belanja gaji pekerja dan bil utiliti bagi bulan Mei 2013 yang belum dijelaskan masing-masing berjumlah RM 12,300 dan RM 2,600.

(5) Perniagaan ini sedang disaman oleh pelanggan kerana didakwa tidak menepati syarat kontrak dengan tuntutan ganti rugi berjumlah RM 280,000. Kes ini dibicarakan pada bulan Julai 2013. Peguam bela menjangkakan perniagaan ini perlu membayar tuntutan ganti rugi itu.

(6) Perniagaan ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM 500,000 untuk mengembangkan perniagaannya. Pertimbangan sedang dibuat sama ada membuat permohonan pinjaman jangka panjang daripada pihak bank atau mendapatkan modal tambahan daripada pemilik.

Dikehendaki:

(a) Bagi setiap situasi di atas, nyatakan amaun liabiliti yang perlu ditanggung oleh perniagaan Percetakan Ekspres pada 31 Mei 2013, jika ada. Jika tiada amaun liabiliti yang perlu ditanggung oleh perniagaan ini, tulis 'Tiada'. Jelaskan bagaimana setiap liabiliti itu perlu didedahkan dalam penyata kewangan perniagaan. [9 markah]

(b) Hitung jumlah liabiliti semasa perniagaan Percetakan Ekspres dan liabiliti jangka panjangnya pada 31 Mei 2013. [6 markah]

(c) 

(i) Dengan merujuk kepada maklumat (6) di atas, tunjukkan kesan perubahan ke atas aset, liabiliti, dan ekuiti jika pembiayaan RM 500,000 diperoleh daripada 

    (1) Pemilik. [1 markah]

    (2) Pinjaman bank. [1 markah]

(ii) Sekiranya ekuiti perniagaan ialah RM 1,300,000, hitung kedudukan kewangan perniagaan Percetakan Ekspres jika,

    (1) pinjaman RM 500,000 diperoleh daripada bank. 

    (2) modal tambahan RM 500,000 diperoleh daripada pemilik perniagaan.

Berikan pandangan anda terhadap kedudukan kewangan jika pembiayaan dibuat dengan tambahan modal. [3 markah]

SOALAN 4:

(a) Nyatakan dua ciri khusus yang dapat membezakan antara pemilik koperasi dengan pemilik organisasi perniagaan yang lain. [2 markah]

(b) Imbangan duga belum terlaras bagi Koperasi Petani Kampung Titi Baharu Berhad pada 31 Disember 2013 mempunyai baki akaun seperti yang berikut:

 

Debit

RM

Kredit

RM

Tanah (kos)

200,000

 

Perabot dan peralatan pejabat (kos)

70,000

 

Kenderaan (kos)

80,000

 

Susut nilai terkumpul pada 1 Januari 2013

 

 

    Perabot dan peralatan pejabat

 

21,000

    Kenderaan

 

24,000

Pelaburan di bank

250,000

 

Inventori baja dan mesin pada 1 Januari 2013

46,000

 

Pinjaman kepada ahli

140,000

 

Penghutang

18,000

 

Tunai di bank

28,900

 

Pemiutang

 

12,000

Pinjaman bank

 

150,000

Modal saham

 

300,000

Rizab berkanun

 

11,600

Rizab pendidikan

 

46,000

Keuntungan terkumpul pada 1 Januari 2013

 

35,400

Jualan baja dan mesin

 

448,100

Belian

196,300

 

Belanja gaji dan upah

12,600

 

Belanja sewa

14,600

 

Bayaran juruaudit

8,000

 

Belanja utiliti

4,900

 

Belanja mesyuarat agung dan lembaga pengarah

8,300

 

Faedah pinjaman bank

12,000

 

Pendapatan pelbagai

 

41,500

 

1,089,600

1,089,600

Maklumat Tambahan:

(1) Inventori baja dan mesin pada 31 Disember 2013 ialah RM 70,000.

(2) Maklumat yang berikut belum diambil kira dalam baki akaun bagi imbangan duga di atas.

(i) Dividen atas pelaburan di bank berjumlah RM 37,500.

(ii) Yuran masuk berjumlah RM 1,600.

(iii) Elaun kehadiran mesyuarat agung berjumlah RM 3,800.

(iv) Belanja utiliti terakru berjumlah RM 1,600.

(v) Belanja susut nilai bagi perabot dan peralatan pejabat serta kenderaan diperuntukkan pada kadar 10% atas kos.

(vi) Elaun kepada ahli lembaga pengarah dan juruaudit dalaman masing-masing ialah RM 18,200 dan RM 3,000.

(vii) Peruntukan hutang ragu adalah pada kadar 3% daripada baki penghutang bersih.

(viii) Rebat jualan kepada ahli yang membeli baja dan mesin adalah sebanyak RM 6,500.

(ix) Peruntukan bagi kumpulan wang rizab berkanun, rizab pendidikan koperasi, dan rizab pembangunan koperasi masing-masing ialah 15%, 2%, dan 1% daripada keuntungan.

(x) Peruntukan honororium lembaga koperasi ialah 8%, manakala zakat perniagaan dan tabung kebajikan am masing-masing ialah 5%.

(xi) Ahli lembaga pengarah koperasi telah meluluskan dividen sebanyak 9% kepada anggotanya.

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Koperasi Petani Kampung Titi Baharu Berhad,

(i) penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. [8 markah]

(ii) penyata pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. [7 markah]

(iii) bahagian ekuiti pemilik kunci kira-kira pada 31 Disember 2013. [3 markah]

SOALAN 5:

(a) Perihalkan tiga prinsip kawalan dalaman, berikan satu contoh yang bersesuaian bagi setiap prinsip. [6 markah]

(b) Puan Sandra, pemilik Perniagaan Sudut Kraf yang mula beroperasi pada 1 April 2012 tidak menyimpan rekod perakaunannya yang lengkap. Beliau membawa masuk modal tunai dalam bank berjumlah RM 45,000. Selain itu, beliau juga telah meminjam RM 30,000 daripada ibu saudaranya Puan Laily pada 1 Julai 2012. Mengikut perjanjian yang dibuat antara mereka berdua, amaun yang dipinjam akan dijelaskan selepas tempoh lima tahun. Faedah yang dikenakan adalah pada kadar 5% setahun dan dibayar dua kali setahun, iaitu pada setiap 31 Disember dan 30 Jun. Puan Sandra ingin menyediakan penyata kewangan perniagaannya untuk tahun pertama operasi, dan maklumat yang berikut diperoleh:

(1) Pergerakan tunai yang diringkaskan berdasarkan maklumat daripada penyata bank Perniagaan Sudut Kraf pada 31 Mac 2013 adalah seperti yang berikut:

 

RM

Tunai masuk:

 

    Tunai daripada Puan Sandra

45,000

    Pindahan tunai daripada akaun Puan Laily

30,000

    Kutipan tunai daripada jualan

130,000

Tunai keluar:

 

    Gaji pekerja

34,100

    Belian barang niaga

79,200

    Bayaran bil utiliti

4,960

    Bayaran sewa premis (15 bulan sehingga 30 Jun 2013)

10,500

    Bayaran pembelian kenderaan terpakai pada 31 Mei 2012

22,600

    Belanja perjalanan

22,500

    Belanja cukai jalan (satu tahun bermula Jun 2012)

90

    Bayaran insurans kenderaan (satu tahun bermula Jun 2012)

780

    Pindahan tunai ke dalam akaun Puan Laily

750

(2) Bayaran belanja pelbagai berjumlah RM 2,730 dibuat dengan menggunakan kutipan daripada jualan tunai sebelum dibankkan.

(3) Kutipan tunai daripada jualan pada 31 Mac 2013 berjumlah RM 2,920 hanya didepositkan ke dalam bank pada 1 April 2013. Cek bernilai RM 1,020 yang diterima daripada pelanggan yang berhutang telah didepositkan pada 29 Mac 2013, dan hanya dikreditkan ke dalam akaun bank perniagaan pada 2 April 2013.

(4) Sekeping cek bertarikh 28 Mac 2013 bernilai RM 360 yang dikeluarkan kepada pembekal bagi menjelaskan hutang hanya ditunaikan pada 10 April 2013.

(5) Pindahan tunai daripada akaun Puan Laily ialah pinjaman yang diterima, manakala pindahan tunai ke dalam akaun Puan Laily adalah untuk bayaran faedah.

(6) Sebanyak 80% daripada belanja perjalanan adalah untuk percutian Puan Sandra sekeluarga.

(7) Sebuah kenderaan terpakai yang diperoleh dijangka dapat digunakan selama lima tahun. Kenderaan itu disusutnilaikan berdasarkan kaedah garis lurus dengan mengenakan susut nilai satu tahun penuh pada tahun perolehan, dan tidak mengenakan susut nilai pada tahun aset dijual.

Baki pada 31 Mac 2013:

 

    Barang niaga belum terjual

RM 6,000 (kos)

 

RM 5,700 (nilai pasaran)

    Amaun terhutang kepada pembekal

RM 1,685

    Belanja utiliti belum dijelaskan

RM 540

    Amaun terhutang oleh pelanggan

RM 7,900

(8) Untung kasar atas jualan adalah pada kadar 50% atas kos. Walau bagaimanapun, stok barang niaga lama dengan nilai kos RM 1,800 telah dijual secara tunai pada harga kos. Pnerimaan tunai tersebut telah digunakan untuk perbelanjaan peribadi.

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Perniagaan Sudut Kraf,

(i) penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2013. [7 markah]

(ii) kunci kira-kira pada 31 Mac 2013. [7 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2014 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1