PENGAJIAN AM - LATIHAN SOALAN OBJEKTIF SEMESTER 3 / PENGGAL 3 - 4
SOALAN 1:
Faktor yang mempengaruhi hubungan pelbagai hala Malaysia ialah
I. ideologi politik.
II. status ekonomi.
III. kedudukan geopolitik.
IV. wawasan pemimpin Malaysia.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 2:
Dasar Luar Malaysia yang berteraskan prinsip Aman, Bebas, dan Berkecuali adalah penting untuk
I. mempertahankan kedaulatan negara.
II. menyebarluaskan ideologi politik Malaysia.
III. meningkatkan keamanan dan kestabilan negara.
IV. menolak campur tangan kuasa luar.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 3:
Malaysia mengadakan kerjasama pelbagai hala untuk
A. mendapatkan bekalan sumber manusia.
B. mempertahankan keselamatan negara.
C. memasarkan produk dan perkhidmatan negara.
D. memperoleh khidmat nasihat tentang pentadbiran negara.
SOALAN 4:
Yang manakah isu berkaitan dengan Laut China Selatan yang melibatkan Malaysia dan beberapa negara di rantau ini?
I. Kebebasan pelayaran dan penerbangan.
II. Rusuhan kaum dan perang saudara.
III. Pencerobohan nelayan laut dalam.
IV. Pertikaian wilayah.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 5:
{ Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan
harmoni. { Memperjuangkan hak untuk setiap negara. |
Yang manakah tindakan Malaysia yang menepati pernyataan di atas?
A. Menandatangani perjanjian kerjasama dengan Indonesia dalam isu pembantu rumah.
B. Menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan.
C. Menyokong perjuangan rakyat Palestin.
D. Menghantar tentera pengaman ke Timor Leste.
SOALAN 6:
| Menentang penggunaan kekerasan. | Tidak campur tangan dalam politik negara anggota. |
Malaysia memberikan komitmen kepada prinsip Piagam ASEAN di atas untuk
I. membendung jenayah rentas benua.
II. melahirkan komuniti budaya ASEAN.
III. memelihara kepentingan strategik negara.
IV. mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 7:
Malaysia mencetuskan idea penubuhan ZOPFAN yang bertujuan untuk
I. menghindari Asia Tenggara daripada berkonflik dengan kuasa-kuasa besar.
II. tidak menggunakan kekerasan sekiranya tidak ada provokasi.
III. mewujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia.
IV. membolehkan negara di Asia Tenggara menentukan nasib negara sendiri.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 8:
Yang manakah tindakan Malaysia dalam menangani isu Rohingya?
A. Bekerjasama dengan anggota ASEAN bagi menangani isu Rohingya.
B. Membawa isu Rohingya ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
C. Menyuarakan kebimbangan tindakan oleh kerajaan Myanmar.
D. Memanggil pulang Duta Malaysia di Myanmar.
SOALAN 9:
Yang manakah isu utama yang diperjuangkan oleh Malaysia melalui platform Kerjasama Selatan-Selatan?
A. Mengatasi masalah kebergantungan terhadap negara-negara maju.
B. Menyelesaikan masalah beban hutang negara anggota.
C. Menggalakkan perdagangan bebas antara anggota.
D. Menyusun semula ekonomi antarabangsa.
SOALAN 10:
Malaysia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana
I. kedudukan geopolitik yang stabil di rantau Asia Tenggara.
II. kekuatan ketenteraannya di kawasan serantau.
III. menjadi suara negara-negara membangun.
IV. penggerak Kerjasama Selatan-Selatan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 11:
Antara isu sosial yang pernah mengeruhkan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ialah?
I. Lagu
II. Bahasa.
III. Makanan.
IV. Kekeluargaan.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 12:
Yang manakah faktor tarikan ke jenayah rentas sempadan di Malaysia?
I. Taraf kehidupan yang tinggi.
II. Sempadan negara yang luas.
III. Peluang pekerjaan yang banyak.
IV. Kemudahan pengangkutan udara.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
SOALAN 13:
Yang manakah merupakan langkah-langkah yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu tuntutan bertindih di kepulauan Spratly?
I. Terlibat secara langsung dalam perbincangan pada peringkat bilateral.
II. Menyelesaikan masalah tuntutan melalui pelbagai salura diplomatik.
III. Membawa isu tuntutan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
IV. Mendapatkan bantuan negara-negara kuasa besar.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
SOALAN 14:
Masalah utama dalam pasaran komoditi pada peringkat antarabangsa yang dihadapi oleh Malaysia ialah
A. sekatan tarif dan bukan tarif.
B. harga dagangan yang tidak stabil.
C. kadar faedah yang tinggi dikenakan.
D. persaingan dalam memasarkan barangan.
SOALAN 15:
Yang manakah faedah perdagangan berasaskan Internet?
A. Pengusaha kecil dan sederhana menembusi pasaran antarabangsa.
B. Saluran bantuan modal kepada industri kecil dan sederhana.
C. Pertambahan Zon Perdagangan Bebas cukai.
D. Perkongsian teknologi antara syarikat.
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!
重要的事情说三次!!!