EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 3


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2015 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

PART 2 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sebuah negara.

Kombinasi

A

B

C

D

E

Barang X

0

4

8

12

16

Barang Y

40

38

33

21

0

a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan

    (i) Seunit barang X pada setiap kombinasi.

Kombinasi

Kos lepas bagi mengeluarkan seunit barang X

A

-

B

0.50 unit barang Y

C

1.25 unit barang Y

D

3.00 unit barang Y

E

5.25 unit barang Y

    (ii) Seunit barang Y pada setiap kombinasi.

Kombinasi

Kos lepas bagi mengeluarkan seunit barang Y

A

-

B

0.19 unit barang X

C

0.33 unit barang X

D

0.80 unit barang X

E

2.00 unit barang X

b)

(i) Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara ini.

Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.

(ii) Apakah jenis faktor pengeluaran bagi negara ini.

Faktor pengeluaran yang digunakan tidak sama cekap untuk mengeluarkan barang X dan barang Y.

c) Nyatakan keadaan apabila negara ini memerlukan 8 unit barang X dan 29 unit barang Y. Berikan sebab bagi jawapan anda.

Pengangguran kerana wujudnya sumber ekonomi yang tidak digunakan.

d) Adakah kombinasi 5 unit barang X dan 38 unit barang Y boleh dicapai? Mengapa?

Tidak kerana sumber ekonomi yang tidak mencukupi.

SOALAN 2:

Persamaan permintaan dengan penawaran daging kambing import masing-masing adalah seperti yang berikut:

    P = 70 - 2Q

    P = 10 + Q

Dengan P = Harga daging kambing per kilogram (RM)

             Q = Kuantiti daging kambing (Kg)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan.

70 - 2Q = 10 + Q                                    P0 = 70 - 2Q

-2Q - Q = 10 - 70                                   P0 = 70 - 2 (20)

-3Q = -60                                                P0 = 70 - 40

Q0 = 20 kg                                              P0 = RM 30.00

(b) Hitung lebihan pengguna pada titik keseimbangan.

P = 70 - 2Q                 

P = 70 - 2 (0)        

P = RM 70.00 


Tinggi = RM 70.00 - RM 30.00    

Tinggi = RM 40.00


Lebihan pengguna = 1/2 x tapak x tinggi

Lebihan pengguna = 1/2 x 20 x 40

Lebihan pengguna = RM 400.00

(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai ke atas daging kambing import sebanyak RM 3.00 per kilogram,

    i) hitung harga dan kuantiti keseimbangan baru.

        P = 10 + Q + 3

        P = 13 + Q

13 + Q = 70 - 2Q                        P1 = 70 - 2Q

Q + 2Q = 70 - 13                        P1 = 70 - 2 (19)

3Q = 57                                       P1 = 70 - 38 

Q1 = 19 kg                                  P1 = RM 32.00

    ii) hitung perubahan lebihan pengguna dan jelaskan makna bagi nilai yang diperoleh.

Lebihan pengguna = 1/2 x tapak x tinggi

Lebihan pengguna = 1/2 x 19 x (70 -32)

Lebihan pengguna = 1/2 x 19 x 38

Lebihan pengguna = RM 361.00


Perubahan lebihan pengguna = baru - asal

Perubahan lebihan pengguna = RM 361.00 - RM 400.00

Lebihan pengguna berkurang = RM -39.00

(d) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan penawaran sebelum dan selepas cukai dikenakan.

没有答案哦!

SOALAN 3:

Diberi persamaan kos bagi sebuah firma adalah seperti yang berikut:

    C = 100 + 3Q

Dengan C = Jumlah kos (RM)

             Q = Kuantiti keluaran (unit)

Pada keluaran 80 unit dan harga keluaran RM 4.00 seunit,

(a) hitung kos tetap, kos berubah, dan jumlah kos.

Kos tetap = RM 100.00


Kos berubah = RM 3.00 x 80 unit

Kos berubah = RM 240.00


Jumlah kos = RM 100.00 + RM 240.00

Jumlah kos = RM 340.00

(b) hitung keuntungan firma ini.

Untung atau rugi = Jumlah hasil - Jumlah kos

Untung atau rugi = RM (80 x 4) - RM 340.00

Untung atau rugi = RM 320.00 - RM 340.00

Rugi = RM -20.00

(c) adalah firma ini masih boleh meneruskan operasinya? Mengapa?

Ya, firma masih dapat meneruskan operasinya kerana jumlah hasil dapat membiayai kesemua kos berubah RM 240.00 dan sebahagian kos tetap RM 100.00. Jadi, kerugian firma RM -20.00 adalah lebih rendah dengan meneruskan operasi. Sebaliknya, firma perlu menanggung kerugian yang lebih tinggi jika memberhentikan operasinya, iaitu bersamaan kos tetap sebanyak RM 100.00.

(d) berapa peratuskah harga barang tersebut perlu dinaikkan supaya firma mendapat pulang modal?

Pulang modal ialah keadaan apabila jumlah hasil sama dengan jumlah kos (untung normal).

Jumlah hasil = Jumlah kos = RM 340.00

Maka,

Harga keluaran baharu = RM 340.00 / 80 unit

Harga keluaran baharu = RM 4.25

Oleh itu, 

Peratusan kenaikan harga = [(RM 4.25 - RM 4.00) / RM 4.00] x 100%

Peratusan kenaikan harga = 6.25%

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1