EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 3


大家好鸭!我今天要分享 Ekonomi Sem 1 2023 年的考试题目和解答思路。 

PART 1 是关于 Ekonomi Soalan Objektif, PART 2 是关于 Ekonomi Soalan Esei, PART 3 是 Ekonomi Soalan Kuantitatif !

PART 1 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1 (scorpion050832.blogspot.com)

PART 2 在这里噢:

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1 - 2 (scorpion050832.blogspot.com)

仅供参考哦!

请看:

SOALAN 1:

Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sebuah negara.

Kombinasi

A

B

C

D

E

Barang X (unit)

0

2

4

6

8

Barang Y (unit)

16

12

8

4

0

(a) Hitung kos lepas bagi mengeluarkan seunit barang X pada setiap kombinasi.

Kombinasi

Kos Lepas Bagi Mengeluarkan Seunit Barang X

A

-

B

(16 – 12) / (2 - 0) = 2 unit barang Y 

C

(12 – 8) / (4 - 2) = 2 unit barang Y 

D

(8 – 4) / (6 - 4) = 2 unit barang Y 

E

(4 – 0) / (8 - 6) = 2 unit barang Y 

(b) Apakah bentuk keluk kemungkinan pengeluaran bagi negara tersebut? Jelaskan jawapan anda.

Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk garis lurus atau malar. 

Hal ini disebabkan sumber ekonomi homogen.

(c) Nyatakan masalah yang wujud apabila negara ini mengeluarkan 2 unit barang X dan 10 unit barang Y. Jelaskan jawapan anda.

Masalah pengangguran yang wujud kerana faktor pengeluaran yang tidak digunakan dengan cekap.

(d) Adakah kombinasi 4 unit barang X dan 9 unit barang Y boleh dicapai? Jelaskan jawapan anda.  

Tidak boleh dicapai kerana sumber ekonomi yang tidak mencukupi.

SOALAN 2:

Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta bagi barang X, kuantiti diminta bagi barang M, dan kuantiti diminta bagi barang N.

Harga

  (RM / unit)

Kuantiti diminta barang X (unit)

Kuantiti diminta barang M (unit)

Kuantiti diminta barang N (unit)

4

80

70

50

6

50

60

80

(a) Hitung keanjalan permintaan harga bagi barang X apabila harga barang X meningkat daripada RM 4.00 ke RM 6.00.

Keanjalan permintaan harga bagi barang X (Ed) = [(50 - 80) / 80] x [4 / (6 -4)]

Ed = -0.38 x 2.00

Ed = -0.76

(b) Berdasarkan jawapan anda di (a),

    (i) tafsirkan nilai keanjalan permintaan harga bagi barang X.

Apabila harga naik sebanyak 1%, kuantiti diminta menurun sebanyak 0.76%.

    (ii) nyatakan darjah keanjalan permintaan harga bagi barang X.

0 < -0.76 (Ey) < 1 atau -0.76 < 1 - Tak anjal.

(c) 

(i) Hitung keanjalan permintaan silang barang M apabila harga barang X meningkat daripada RM 4.00 kepada RM 6.00.

Ey = (60 - 70) / 70 x 4 / (6 - 4)

Ey = -0.14 x 2.00

Ey = -0.28

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (c)(i), jelaskan hubungan antara barang X dengan barang M.

Hubungan antara barang X dengan barang M adalah barang penggenap. 

Hal ini kerana keanjalan silang itu negatif.

(d)

(i) Hitung keanjalan permintaan silang barang N apabila harga barang X meningkat daripada RM 4.00 ke RM 6.00.

Ey = (80 - 50) / 50 x 4 / (6 - 4)

Ey = 0.60 x 2.00

Ey = 1.20

(ii) Berdasarkan jawapan anda di (d)(i), jelaskan hubungan antara barang X dengan barang N.

Hubungan antara barang X dengan barang N adalah barang pengganti. 

Hal ini kerana keanjalan silang itu positif.

SOALAN 3:

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos sut (MC), keluk kos purata (AC), keluk hasil sut (MR), dan keluk hasil purata (AR) bagi firma pasaran persaingan sempurna dan firma pasaran monopoli dalam jangka panjang.

(a) Berapakah harga keluaran firma pasaran persaingan sempurna dan harga keluaran firma pasaran monopoli? Jelaskan jawapan anda.

Harga keluaran firma pasaran persaingan sempurna adalah RM 7.00.

Harga keluaran firma pasaran monopoli adalah RM 10.00.

(b) Hitung keuntungan yang diperoleh oleh firma yang berikut:

    (i) Firma pasaran persaingan sempurna.

Untung = AR

Untung = RM 7.00 x 70 unit

Untung = RM 490.00

    (ii) Firma pasaran monopoli.

Untung = (AR - AC) x Q

Untung = RM (10.00 - 8.00) x 50 unit

Untung = RM 2.00 x 50 unit

Untung = RM 100.00

(c) Adakah firma pasaran persaingan sempurna dan firma pasaran monopoli mencapai kecekapan pengeluaran? Jelaskan jawapan anda.

Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana harga RM 7.00 sama dengan keluk AC minimum.

Firma pasaran monopoli tidak mencapai kecekapan pengeluaran kerana harga RM 10.00 pada keluk AC menurun atau harga RM 10.00 bukan keluk AC minimum.

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2021 SEM 1 / PENGGAL 1