PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1


标题所见,今天要分享的是 Akaun Sem 1 2015年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Nyatakan dua perbezaan antara perbelanjaan hasil dengan perbelanjaan modal. [2 markah]

(b) Nyatakan dua perbezaan antara aset inventori dengan aset tetap. [2 markah]

(c) Perniagaan Amani Adik-Beradik adalah dalam proses menyediakan penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. Draf penyata pendapatan komprehensif dan kedudukan kewangan berakhir 31 Disember 2013 adalah seperti yang berikut:

Perniagaan Amani Adik-Beradik

Draf Penyata Pendapatan Komprehensif (Penyata Pendapatan)

untuk tahun berakhir 31 Disember 2013

 

RM

Jualan

400,000

Kos jualan

200,000

Untung kasar

200,000

Belanja operasi

172,000

Pendapatan bersih

28,000


Perniagaan Amani Adik-Beradik

Draf Kedudukan Kewangan (Kunci Kira-Kira)

pada 31 Disember 2013

 

RM

 

RM

Aset semasa

 

Liabiliti semasa

 

 Tunai

32,500

 Pemiutang perdagangan

10,000

 Penghutang perdagangan

24,000

 Nota belum bayar (8%)

10,000

 Inventori

32,000

 

 

 

88,500

 

20,000

Aset jangka panjang

 

Ekuiti pemilik

 

Alatan pejabat (bersih)

8,000

 Modal

48,500

 

 

 Pendapatan bersih

28,000

 

96,500

 

96,500

Kerani akaun yang menyediakan penyata kewangan mendapati beberapa perkara berikut perlu diambil kira:

(1) Pada awal tahun 2013, Perniagaan Amani Adik-Beradik telah membelanjakan sejumlah tunai RM 40,000 untuk membeli sebuah van pengangkutan yang dijangka boleh digunakan selama lima tahun tanpa nilai sisa. Kesemua amaun ini telah direkodkan sebagai sebahagian daripada belanja operasi.

(2) Amaun belanja termasuk pendahuluan gaji yang dibayar kepada pekerja berjumlah RM 6,000.

(3) Inventori akhir pada 31 Disember 2012 telah terlebih nyata sebanyak RM 5,000. Kesilapan ini tidak diperbetulkan dan amaun yang sama dinyatakan sebagai inventori awal dalam penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

(4) Pemilik perniagaan telah mengambil barang niaga bernilai RM 800 dan tunai sebanyak RM 3,000.

(5) Peralatan pejabat telah dibeli pada 1 Januari 2012 pada harga RM 10,000 dan akan disusutnilaikan selama lima tahun tanpa nilai sisa. Polisi perniagaan telah menetapkan semua aset disusutnilaikan dengan menggunakan kaedah garis lurus.

(6) Nota belum bayar telah diterbitkan pada awal tahun.

Dikehendaki:

Sediakan,

(i) penyata pendapatan komprehensif (penyata pendapatan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. [7 markah]

(ii) penyata kedudukan kewangan (kunci kira-kira) pada 31 Disember 2013. [9 markah]

SOALAN 2:

Yang berikut ialah urus niaga tunai Syarikat Perkilangan Arjuna bagi sepanjang tahun 2013.

Tarikh

Urus Niaga

1 Januari 2013

Memperoleh paten bernilai RM 74,000. Paten ini dijangka boleh mendatangkan manfaat ekonomi kepada syarikat selama lapan tahun.

30 Januari 2013

Membayar polisi insurans untuk bangunan kilang bagi tempoh satu tahun bermula 1 Februari 2013 dengan bayaran tunai berjumlah RM 6,000.

1 Mac 2013

Membeli sebidang tanah bernilai RM 850,000. Amaun ini termasuk perbelanjaan yuran guaman, duti setem, dan caj pertukaran hak milik yang berjumlah RM 26,000.

30 Jun 2013

Membeli mesin yang berharga RM 620,000. Perbelanjaan tambahan yang berkaitan ialah cukai jualan RM 31,000, pengangkutan RM 2,000, pemasangan RM 4,000, dan minyak pelincir untuk penggunaan setahun bernilai RM 5,000. Mesin ini dijangka dapat digunakan secara ekonomik selama sepuluh tahun dengan nilai sisa RM 30,000 pada akhir tempoh penggunaan. Sehingga 31 Disember 2013 hanya 60% minyak pelincir mesin telah digunakan.

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas, 

(a) nyatakan kos perolehan setiap aset yang telah dikenal pasti. [5 markah]

(b) sediakan catatan jurnal bagi merekod setiap perolehan aset tersebut. [5 markah]

(c) sediakan catatan jurnal pelarasan yang berkaitan untuk setiap aset bagi tahun berakhir 31 Disember 2013. Andaikan syarikat menggunakan kaedah susut nilai garis lurus bagi mesin dan mengenakan susut nilai satu tahun penuh pada tahun perolehan serta tidak mengenakan susut nilai pada tahun aset dilupuskan. [6 markah]

(d) nyatakan bagaimana setiap aset didedahkan dalam penyata pendapatan komprehensif (penyata pendapatan) dan penyata kedudukan kewangan (kunci kira-kira). [4 markah] 

SOALAN 3:

(a) Jelaskan maksud liabiliti luar jangka seperti yang dinyatakan dalam MFRS 137. Beri dua contoh liabiliti luar jangka tersebut. [3 markah]

(b) Yang berikut ialah urus niaga berkaitan liabiliti Syarikat Megah Berhad bagi tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Disember 2013.

(1) Buku akaun syarikat menunjukkan akaun kawalan pemiutang untuk barangan dan perkhidmatan yang diperoleh oleh syarikat adalah sebanyak RM 228,000 dan lain-lain akaun belanja terakru bernilai RM 23,000.

(2) Buku akaun syarikat juga menunjukkan bahawa syarikat telah menandatangani beberapa nota belum bayar jangka panjang dengan institusi kewangan. Tarikh matang dan amaun tertunggak nota tersebut diberikan dalam jadual di bawah.

Tarikh Matang

Amaun Tertunggak (RM)

1 April 2014

18,000

1 November 2015

130,000

31 Disember 2018

400,000

(3) Jumlah faedah dikenakan pada nota di atas yang belum dibayar pada 31 Disember 2013 adalah sebanyak RM 39,500.

(4) Belanja gaji bulan Disember 2013 adalah sebanyak RM 75,200. Sebanyak 11% dan 5% daripada belanja gaji ini diketepikan untuk bayaran masing-masing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai pendapatan pekerja. Gaji bersih bagi bulan Disember masih belum bayar.

(5) Syarikat Megah Berhad juga masih berhutang kepada KWSP sebanyak 12% daripada belanja gaji bulan Disember 2013. Hutang ini merupakan caruman majikan.

(6) Cukai belum bayar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 adalah sebanyak RM 43,300.

(7) Pada 31 Disember 2013, syarikat telah menerbitkan bon (8%) pada nilai tara yang akan matang dalam masa lima tahun. Bon ini adalah bertujuan untuk membiayai pengubahsuaian bangunan syarikat yang bernilai RM 300,000.

(8) Pada 31 Disember 2013, syarikat telah menerima bil elektrik dan bil air masing-masing berjumlah RM 2,980 dan RM 520.

(9) Pada 31 Disember 2013, syarikat berjaya mencatat untung bersih sebanyak RM 1,845,000 dan mengumumkan bonus kepada pekerjanya sebanyak 10% daripada keuntungan bersih semasa.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan urus niaga di atas bagi tahun 2013. Sila tulis TIADA jika catatan jurnal tidak diperlukan. [11 markah]

(ii) Sediakan bahagian liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa bagi penyata kedudukan kewangan (kunci kira-kira) Syarikat Megah Berhad pada 31 Disember 2013. [6 markah]

SOALAN 4:

(a) Nyatakan dua perbezaan antara aset ketara dengan aset tak ketara. [2 markah]

(b) Imbangan duga belum terlaras bagi Koperasi Pelajar Kampung Baru pada 31 Disember 2013 adalah seperti yang berikut:

 

Debit (RM)

Kredit (RM)

Jualan

 

1,200,000

Belian

680,000

 

Inventori

41,000

 

Penghutang dagangan

89,000

 

Pemiutang dagangan

 

74,000

Tunai

146,000

 

Belanja pengangkutan

17,000

 

Belanja pentadbiran

54,000

 

Tanah

120,000

 

Bangunan

200,000

 

Peralatan pejabat

20,000

 

Kenderaan van

40,000

 

Peruntukan susut nilai bangunan

 

40,000

Peruntukan susut nilai peralatan pejabat

 

8,000

Peruntukan susut nilai kenderaan van

 

16,000

Kumpulan wang kebajikan ahli

 

48,000

Kumpulan wang rizab berkanun

 

40,000

Modal saham

 

100,000

Pelaburan dalam ekuiti saham

200,000

 

Dividen

 

5,000

Pendapatan tertahan

 

39,000

Belanja mesyuarat agung

13,000

 

Simpanan tetap

150,000

 

Pinjaman bank

 

200,000

 

1,770,000

1,770,000

Maklumat Tambahan:

(1) Peruntukan hutang ragu dianggarkan 5% daripada baki penghutang dagangan.

(2) Kadar susut nilai tahunan untuk peralatan dan kenderaan ialah 20% manakala untuk bangunan ialah 5%.

(3) Elaun lembaga pengarah ditetapkan pada kadar 10%.

(4) Dividen dicadangkan adalah sebanyak 10%.

(5) Kadar faedah atas pinjaman ialah 6% setahun.

(6) Faedah atas simpanan tetap adalah sebanyak 5% setahun.

(7) Nilai inventori akhir ialah RM 70,000.

(8) Sumbangan kepada kumpulan wang adalah seperti yang berikut:

    (i) Kumpulan wang rizab berkanun adalah sebanyak 15%.

    (ii) Kumpulan wang pembangunan koperasi adalah sebanyak 5%.

    (iii) Kumpulan wang pendidikan koperasi adalah sebanyak 4%.

    (iv) Kumpulan wang kebajikan ahli adalah sebanyak 10%.

Dikehendaki:

Sediakan,

(i) penyata pendapatan komprehensif (penyata pendapatan) bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2013. [8 markah]

(ii) penyata pembahagian untung dan rugi bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2013. [4 markah]

(iii) penyata kedudukan kewangan (kunci kira-kira) pada 31 Disember 2013. [6 markah]

SOALAN 5:

(a) Perihalkan tiga objektif kawalan dalaman. [3 markah]

(b) Jelaskan prinsip pengasingan tugas dan prinsip pusingan tugas dalam kawalan dalaman. Berikan satu contoh bagi setiap prinsip tersebut. [4 markah]

(c) Yang berikut ialah penerangan mengenai masalah atau situasi yang berkaitan dengan kawalan dalaman. Nyatakan prinsip kawalan dalaman yang paling sesuai dengan permasalahan atau situasi yang diterangkan.

(1) Pekerja yang sama menerima cek pembayaran daripada pelanggan dan merekodkannya ke dalam akaun subsidiari belum terima. [1 markah]

(2) Tiga orang pekerja mengurus jualan tunai dengan menggunakan sebuah mesin pendaftaran tunai yang sama. [1 markah]

(3) Sebuah kedai menjual pakaian mengalami kehilangan inventori yang tinggi kerana ada sebilangan pelanggan yang mencuba pakaian dan kemudian keluar daripada kedai tanpa membuat pembayaran. [1 markah]

(4) Kerani yang menyediakan pesanan belian telah membuat pesanan kepada pembekal tanpa mendapat pengesahan daripada pihak atasan. [1 markah]

(5) Sebahagian daripada pembayaran tunai tidak direkodkan kerana tiada nombor rujukan baucar tunai. [1 markah]

(6) Kehilangan tunai tidak dapat dikesan kerana penyelia tidak membuat pengiraan tunai harian. [1 markah]

(7) Hanya kakitangan tertentu sahaja dibenarkan untuk mengurus penerimaan tunai. [1 markah]

(8) Apabila pelanggan membuat pembayaran, resit dan pita mesin mesin daftar tunai digunakan sebagai bukti penerimaan bayaran. [1 markah]

(9) Kerani syarikat akan ditukarkan ke jabatan yang lain setiap dua tahun sekali. [1 markah]

(10) Polisi syarikat ialah memasukkan semua tunai ke dalam bank setiap hari. [1 markah]

(d) Perihalkan tiga batasan kawalan dalaman. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2015 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!


评论

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1