PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 3 / PENGGAL 3


不知道大家看了我其他的历年 Akaun Sem 3的解答思路了嘛?

没有的话,请看:








言归正传,今天想给大家分享的是  Akaun Sem 3 2018 年的考试题目和解答思路哦!(仅供参考!)

老规矩,想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!

请看:

SOALAN 1:

(a) Syarikat Mercu Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pakaian kanak-kanak. Syarikat telah menyediakan maklumat berkaitan dengan pengeluaran pakaian kanak-kanak pada bulan Mei 2017 seperti yang berikut:

Kos piawai dan kos pengeluaran sebenar:

 

Amaun Belanjawan

(25,000 helai)

Amaun Sebenar

(27,000 helai)

 

RM

RM

Harga jualan (sehelai)

5.00

5.23

Kos berubah (sehelai):

 

 

   Bahan mentah langsung

1.24

1.12

   Buruh langsung

1.50

1.40

   Bekalan kilang

0.25

0.37

   Utiliti kilang

0.50

0.60

Kos jualan

0.40

0.34

Kos tetap (sebulan):

 

 

   Susut nilai mesin

3,750

3,710

   Susut nilai bangunan

2,500

2,500

   Belanja insurans

1,200

1,250

   Belanja cukai

500

485

   Belanja pentadbiran

750

900

Dikehendaki :

(i)   Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel Syarikat Mercu Berhad bagi bulan Mei 2017. [7 markah]

(ii) Beri ulasan anda tentang laporan prestasi belanjawan fleksibel yang disediakan di (a)(i). [2 markah]

(iii)Beri satu cadangan langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan Syarikat Mercu Berhad bagi mengurangkan kos pengeluaran. [1 markah]

(b)   Petikan tentang maklumat kewangan Syarikat Teguh Berhad bagi tahun 2017 dan tahun 2016 adalah seperti yang berikut:

Syarikat Teguh Berhad

Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember

 

2017

2016

 

RM

RM

Jualan

850,000

790,000

Kos barang dijual

620,000

575,000

Untung kasar

230,000

215,000

Belanja operasi

187,000

173,000

Untung bersih

43,000

42,000

Syarikat Teguh Berhad

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember

 

2017

2016

 

RM

RM

Aset:

 

 

Tunai

70,000

65,000

Pelaburan jangka pendek

52,000

40,000

Akaun belum terima

98,000

80,000

Inventori

125,000

135,000

Belanja prabayar

29,000

23,000

Tanah

130,000

130,000

Bangunan dan peralatan (bersih)

180,000

175,000

Jumlah aset

684,000

648,000

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik:

 

 

Nota belum bayar

100,000

100,000

Akaun belum bayar

48,000

42,000

Liabiliti terakru

50,000

40,000

Bon belum bayar, matang pada tahun 2020

150,000

150,000

Saham biasa, nilai par RM 10 sesaham

200,000

200,000

Pendapatan tertahan

136,000

116,000

Jumlah liabiliti dan ekuiti pemilik

684,000

648,000























Maklumat Tambahan:

Baki pada 31 Disember 2015 adalah seperti yang berikut:

 

RM

Akaun belum terima

88,000

Inventori

118,000

Jumlah aset

630,000

Dikehendaki:

(i)      Hitung nisbah semasa, untung bersih atas jualan, pusing ganti inventori, dan pulangan atas aset bagi tahun 2017 dan tahun 2016. Beri ulasan bagi setiap nisbah yang dihitung. [8 markah]

(ii)     Nyatakan dua batasan analisis kewangan. [2 markah]

SOALAN 2:

(a)   Apabila berlaku pembubaran perkongsian, tindakan yang perlu dilakukan:

(i)    Terhadap perolehan tunai daripada realisasi aset. [2 markah]

(ii)   Jika tunai daripada realisasi aset tidak mencukupi untuk menyelesaikan liabiliti. [1 markah]

(iii) Jika tunai daripada realisasi aset tidak mencukupi untuk menyelesaikan liabiliti dan sebahagian rakan kongsi tidak mampu menampung kekurangan tunai. [1 markah]

(b)  Adakah tujuan penyediaan akaun realisasi sama dengan tujuan penyediaan akaun pengasingan untung rugi perkongsian? Jelaskan jawapan anda. [1 markah]

(c)   Perniagaan Perkongsian Aiman & Tan merupakan perniagaan yang menjual peralatan pejabat dan komputer. Pada 1 Januari 2017, baki akaun modal Aiman dan baki akaun modal Tan masing-masing ialah RM 40,000 dan RM 20,000. Baki akaun semasa Aiman ialah RM 5,000 dan baki akaun semasa Tan ialah RM 3,200 (debit). Pada 30 Jun 2016, Aiman telah memberi pinjaman kepada perniagaan sebanyak RM 60,000.

Syarat perjanjian perniagaan perkongsian itu adalah seperti yang berikut:

    (1)   Untung dan rugi dibahagikan mengikut nisbah modal awal rakan kongsi.

    (2)   Gaji tahunan setiap rakan kongsi ialah RM 12,000.

    (3)   Faedah atas modal rakan kongsi ialah 10% setahun.

    (4)   Faedah atas ambilan oleh rakan kongsi ialah 6% setahun.

    (5)   Faedah atas pinjaman rakan kongsi ialah 8% setahun.

Maklumat Tambahan:

    (1)   Untung bersih perniagaan pada 31 Disember 2017 ialah RM 39,549. Faedah atas pinjaman daripada Aiman telah dibayar sehingga 31 Mei 2017, manakala baki sebanyak RM 2,800 belum dijelaskan dan tidak diambil kira dalam menghitung untung bersih perniagaan perkongsian.

    (2)    Aiman telah menerima gaji sebanyak RM 14,000, manakala Tan hanya menerima
RM 6,000 daripada gaji tahunnya.

   (3)   Pada 1 April 2017, Tan telah mengambil sebuah komputer riba berharga RM 3,500 untuk kegunaan anaknya di universiti. Untung kasar jualan komputer riba itu telah ditetapkan pada tokokan 25% atas kos jualan.

   (4) Perniagaan Perkongsian Aiman dan Tan telah bersetuju untuk memberi Aiman elaun bulanan sebanyak RM 500 bermula 1 Mac 2017 atas kepakaran beliau dalam bidang komputer. Jumlah itu akan dikreditkan ke dalam akaun semasa Aiman.

Dikehendaki:

(i)  Sediakan penyata pengasingan untung rugi Perniagaan Perkongsian Aiman & Tan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [9 markah]

(ii)  Sediakan akaun semasa rakan kongsi pada 31 Disember 2017. [6 markah]

SOALAN 3:

(a) Nyatakan tiga perbezaan antara Syarikat Awam Berhad dengan Syarikat Sendirian Berhad. [3 markah]

(b)  Syarikat Tetiga Berhad adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia sejak tahun 2000. Modal saham dibenarkan bagi Syarikat Tetiga Berhad berjumlah
RM 50,000,000 yang terdiri daripada 40,000,000 unit saham biasa pada nilai par RM 1.00 sesaham dan 10,000,000 unit saham keutamaan 8% pada nilai par RM 1.00 sesaham.

Pada 31 Disember 2016, bilangan modal saham yang telah diterbitkan dan berbayar penuh ialah 30,000,000 unit saham biasa dan 5,000,000 unit saham keutamaan. Baki akaun premium saham dan pendapatan tertahan masing-masing adalah sebanyak RM 1,850,000 dan RM 2,270,000.

Syarikat itu bercadang untuk membeli sebuah bangunan pada harga RM 20,000,000.

Dikehendaki:

(i)  Berdasarkan maklumat di atas, sediakan catatan jurnal bagi pembelian bangunan yang dibiayai sepenuhnya melalui tiga cara yang berikut:

Cara 1: Terbitan saham biasa sahaja.

Cara 2: Terbitan saham keutamaan sahaja.

Cara 3: Terbitan 5,000,000 unit saham keutamaan pada nilai par dan bakinya terbitan saham biasa. [8 markah]

(ii)  Jika pembelian bangunan dibiayai sepenuhnya melalui Cara 3 di atas, sediakan petikan bahagian ekuiti dalam penyata kedudukan kewangan. [9 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2018 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!


💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1