PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1


你好,初次见面(嘛?),我是 Tina 酱!

这次要分享的是 Akaun Sem 1 2016年的考试题目和解答思路,仅供参考哦!

想要下载考试题目和解答思路的,请点击下方的 Google Drive Link 进行下载哦!
我们马上来开始吧!请看:

SOALAN 1:

(a)

(i) Mengapakah perakaunan dikenali sebagai bahasa perniagaan? [1 markah]

(ii) Nyatakan tiga kepentingan perakaunan kepada masyarakat. [3 markah]

(b) Tempoh perakaunan Perniagaan Cerdik berakhir pada setiap 31 Disember. Ringkasan kedudukan kewangan Perniagaan Cerdik pada 30 November 2014 adalah seperti yang berikut:

Akaun

RM

Aset (60% aset tetap)

195,500

Liabiliti

45,400

Ekuiti pemilik

150,100

Yang berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Disember 2014.

(1) Pada 1 Disember 2014, inventori, iaitu 10 set perisian perakaunan berserta buku panduan dengan kos RM 4,000 telah hilang. Harga jualan bagi inventori yang hilang ini ialah RM 7,500.

(2) Pada 14 Disember 2014, Bersih Holding melantik Perniagaan Cerdik untuk memberikan khidmat nasihat dan latihan bernilai RM 8,000 seminggu bagi tempoh selama empat minggu. Walaupun perkhidmatan bagi bulan Disember telah diberikan, bayaran hanya akan diterima setelah kontrak empat minggu tersebut tamat.

(3) Pada 25 Disember 2014, Perniagaan Cerdik telah didakwa oleh pekerjanya di mahkamah dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM 25,000. Kes ini akan dibicarakan di mahkamah pada bulan Jun 2015. Perniagaan Cerdik dan pekerja dijangka mempunyai peluang yang sama untuk memenangi kes ini.

(4) Pada 30 Disember 2014, Perniagaan Cerdik membayar gaji pekerja sebanyak RM 10,243 dan belanja utiliti sebanyak RM 1,852 bagi bulan Disember.

(5) Pada 30 Disember 2014, pemilik Perniagaan Cerdik telah menghadiahkan satu set perisian perakaunan berserta buku panduan kepad anak saudaranya bernilai RM 750, yang harga kos sebenarnya ialah RM 400.

(6) Pada 31 Disember 2014, aset disusutnilaikan pada kadar 10% setahun atas nilai buku bersih.

Dikehendaki:

Bagi setiap urus niaga di atas,

(i) nyatakan prinsip, andaian, konsep atau konvensyen perakaunan yang perlu dipatuhi oleh Perniagaan Cerdik. Berikan ulasan untuk jawapan anda. [6 markah]

(ii) nyatakan nilai dan kesan turun atau naik terhadap aset, liabiliti, dan ekuiti pemilik terhadap persamaan perakaunan bagi Perniagaan Cerdik pada 31 Disember 2014. [10 markah]

SOALAN 2:

(a) Perihalkan tiga prinsip perakaunan bagi merekodkan aset harta tanah, loji, dan peralatan. [3 markah]

(b) Nyatakan ciri aset muhibah dari segi penentuan kos dan kaedah penilaian tahunan. [2 markah]

(c) Penyata kedudukan kewangan Syarikat Idola Sdn. Bhd. berkaitan dengan aset harta tanah, loji, dan peralatan pada 1 Januari 2014 adalah seperti yang berikut:

 

RM

RM

Tanah

 

3,500,000

Bangunan

7,000,000

 

Susut nilai terkumpul

(1,625,000)

5,375,000

Peralatan dan Mesin

75,000

 

Susut nilai terkumpul

(9,000)

66,000

Kenderaan

50,000

 

Susut nilai terkumpul

(36,000)

14,000

Paten (bersih)

 

60,000

Muhibbah

 

15,000

Maklumat Tambahan:

(1) Bangunan telah dibeli lima tahun yang lalu. Bangunan dijangka dapat diguna selama 20 tahun dengan nilai sisa sebanyak RM 500,000. Syarikat menggunakan kaedah susut nilai garis lurus untuk bangunan.

(2) Peralatan berikut disusutnilaikan dengan menggunakan kaedah garis lurus:

Butiran

Tarikh Perolehan

Kos

Usia Guna

Nilai Sisa

Peralatan pejabat

1 Januari 2012

RM 15,000

10 tahun

Tiada

Mesin XX

1 Januari 2010

RM 40,000

6 tahun

RM 4,000

Mesin YY

31 Disember 2013

RM 20,000

4 tahun

RM 2,000

(3) Kenderaan telah diperoleh tiga tahun lepas dan dijangka dapat digunakan untuk tempoh dua tahun lagi dengan nilai sisa sebanyak RM 5,000. Kaedah jumlah usia guna digunakan untuk merekod belanja susut nilai aset.

(4) Paten adalah hak yang diperoleh untuk mengeluarkan bekas simpanan makanan sejuk yang kedap udara untuk tempoh tiga tahun lagi. Kaedah pelunasan garis lurus digunakan untuk merekod belanja pelunasan.

Urus niaga berkaitan aset harta tanah, loji, dan peralatan sepanjang tahun 2014 adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Urus Niaga

1 Januari

Melupuskan kenderaan yang sedia ada kerana rosak teruk.

1 Januari

Membeli kenderaan baharu secara tunai dengan melibatkan kos seperti yang berikut:

Harga belian                             RM 60,000

Cukai jalan                               RM   1,000

Insuran                                     RM    1,500

Cat logo syarikat                      RM    2,000

Kenderaan dianggarkan dapat digunakan selama tujuh tahun dengan nilai sisa RM 5,000. Syarikat menggunakan kaedah usia guna untuk merekodkan belanja susut nilai.

1 April

Membayar RM 5,600 sebagai belanja penyelenggaraan tahunan bangunan.

30 April

Menjual sebidang tanah yang telah dibeli pada harga RM 500,000, dan mendapat keuntungan RM 1,000,000.

30 Julai

Menukar beli Mesin XX dengan mesin baharuu yang berkapasiti lebih tinggi. Sehingga akhir tahun 2013 mesin ini telah disusutnilaikan selama empat tahun. Syarikat membayar tunai RM 38,000 untuk mesin baharu dengan harga pasaran RM 46,000.

1 Ogos

Membelanjakan RM 7,000 bagi mempertahankan hak ke atas paten.

30 Disember

Membelanjakan RM 3,000 ke atas Mesin YY. Perbelanjaan ini menyebabkan usia guna Mesin YY bertambah sebanyak dua tahun lagi.

31 Disember

Menjual Mesin YY dengan kerugian atas pelupusan sebanyak RM 1,000.

31 Disember

Melupuskan aset muhibah kerana tidak lagi mempunyai nilai.

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal bagi setiap urus niaga di atas. [15 markah]

SOALAN 3:

(a) Nyatakan tiga alasan mengapa liabiliti diklasifikasikan kepada liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang. [3 markah]

(b) Maklumat liabiliti Syarikat Merah Menyala Sdn. Bhd. pada 30 April 2014 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Akaun belum bayar

120,000

Pendahuluan daripada pelanggan

48,000

KWSP belum bayar

36,000

Belanja faedah terakru

16,000

Gadai janji

240,000

Nota belum bayar

160,000

Cukai belum bayar

57,000

Bayaran pendahuluan daripada pelanggan adalah untuk tempahan yang akan dipenuhi dalam masa tiga bulan akan datang. Kos KWSP dijangka akan dilibatkan dalam masa 12 bulan. Nota belum bayar akan dijelaskan sebanyak RM 40,000 setahun. Ansuran pertama perlu dijelaskan pada penghujung bulan September 2014.

Dikehendaki:

Sediakan bahagian liabiliti bagi Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 April 2014. [8 markah]

(c) Pada 1 Mei 2014, Syarikat Biru Laut Sdn. Bhd. mengalami kekurangan tunai untuk menjelaskan akaun belum bayar yang berjumlah RM 120,000. Berasaskan operasi pengeluaran sedia ada, pemulihan aliran tunai dijangka berlaku pada bulan September 2014. Walau bagaimanapun, syarikat perlu menjelaskan akaun belum bayar di atas dengan serta merta. Pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dua alternatif untuk mendapatkan tunai dari dua sumber pembiayaan seperti yang berikut:

(i) Menerbitkan nota 90 hari berkadar faedah 9% pada amaun RM 120,000.

(ii) Membuat pinjaman berjumlah RM 120,000 untuk tempoh enam bulan pada kadar faedah 8%. Pinjaman perlu dibayar balik dengan enam bayaran ansuran yang sama amaunnya bermula pada awal bulan kedua selepas pinjaman dibuat. Kadar faedah dikira menggunakan kaedah baki berkurangan.

Dikehendaki:

(i) Sediakan jadual pembayaran pinjaman dan faedah pinjaman bagi setiap sumber pembiayaan di atas. [6 markah]

(ii) Cadangkan kepada pihak pengurusan sumber pembiayaan yang manakah yang wajar dipilih dengan memberikan hujah yang jelas. [3 markah]

SOALAN 4:

(a) Nyatakan dua sebab mengapa rekod tidak lengkap masih terdapat dalam dunia perniagaan. [2 markah]

(b) Shah Ifzan Enterprise merupakan pengeluar makanan sejuk beku di utara Semenanjung Malaysia. Perniagaan ini telah beroperasi sejak lima tahun lepas, tetapi tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap. Sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank, perniagaan diminta untuk menyediakan penyata kewangan bagi tahun 2014. Perniagaan telah memberikan maklumat yang berikut:

(1) Baki akaun-akaun aset dan liabiliti pada 31 Disember:

Akaun

2013

2014

RM

RM

Premis perniagaan (pada kos)

350,000

350,000

Lori berhawa dingin (pada kos)

120,000

120,000

Mesin (pada kos)

150,000

150,000

Inventori

23,000

29,400

Akaun belum terima

10,000

14,200

Akaun belum bayar

11,500

13,700

Insurans prabayar

600

800

Utiliti terakru

450

320

Bank

6,510

16,670

(2) Yang berikut ialah maklumat mengenai penerimaan dan pembayaran tunai sepanjang tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2014.

Urus Niaga

Penerimaan RM

Pembayaran RM

Jualan tunai

75,000

 

Belian tunai

 

5,000

Pembayaran kepada pembekal

 

130,000

Belanja insuran

 

1,200

Belanja utiliti

 

1,420

Belanja penghantaran

 

2,400

Belanja gaji

 

9,400

Belanja iklan

 

2,000

Ambilan

 

10,000

(3) Jumlah pulangan belian bagi tahun 2014 ialah RM 500. Semua pulangan adalah dari belian secara kredit.

(4) Syarikat telah menetapkan margin untung kasar ke atas kos barang dijual adalah sebanyak 35%.

(5) Syarikat telah menghapus kira hutang pelanggan berjumlah RM 800 kerana pelanggan tersebut telah muflis.

(6) Polisi dan prosedur perakaunan yang diamalkan oleh syarikat adalah seperti yang berikut:

(i) Memasukkan tunai dan cek yang diterima secara serta-merta ke dalam bank.

(ii) Menggunakan sistem inventori berkala dalam rekod perakaunannya.

(iii) Premis perniagaan tidak dikenakan susut nilai tahunan.

(iv) Lori dan mesin disusutnilaikan dengan menggunakan kaedah garis lurus, masing-masing untuk tempoh 15 dan 20 tahun, tanpa nilai sisa. Kedua-dua aset ini telah dibeli pada tahun 2010. Polisi syarikat adalah mengenakan susut nilai secara penuh pada tahun pembelian.

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Shah Ifzan Enterprise,

(i) penyata pendapatan komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember 2014. [11 markah]

(ii) penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2014. [7 markah]

SOALAN 5:

(a) Berikan dua contoh jenis kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga. [2 markah]

(b) 

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan kawalan dalaman? [2 markah]

(ii) Nyatakan dua kepentingan kawalan dalaman. [2 markah]

(c) Yang berikut merupakan catatan jurnal sepanjang bulan pertama firma ID Design.

Tarikh

Urus Niaga

RM

RM

1 Jun

Dt Modal Isma Daniel

Kt Tunai

Merekod pelaburan tunai ke dalam perniagaan.

30,000

 

30,000

2 Jun

Dt Belanja sewa

Kt Tunai

Merekod bayaran sewa pejabat untuk satu tahun bermula Jun 2014.

15,000

 

15,000

3 Jun

Dt Bekalan pejabat

Kt Akaun belum bayar

Merekod belian bekalan pejabat secara kredit.

5,000

 

5,000

5 Jun

Dt Perabut dan peralatan

Kt Akaun belum bayar

Merekod belian perabut dan peralatan secara kredit.

24,000

 

24,000

8 Jun

Dt Tunai

Kt Hasil prekhidmatan

Merekod penerimaan tunai bagi yuran khidmat rundingan.

4,500

 

4,500

19 Jun

Dt Akaun belum terima

Kt Hasil perkhidmatan

Merekod hasil yuran perkhidmatan yang belum diterima bayarannya.

13,400

 

13,400

25 Jun

Dt Tunai

Kt Hasil perkhidmatan

Merekod penerimaan tunai dari pelanggan bagi penjelasan hutang.

10,000

 

10,000

26 Jun

Dt Akaun belum terima

Kt Tunai

Merekod penjelasan 50% hutang belian perabut dan peralatan.

12,000

 

12,000

29 Jun

Dt Belanja gaji

Kt Tunai

Merekod pengeluaran tunai oleh Isma Daniel untuk kegunaan peribadi.

5,200

 

5,200

30 Jun

Dt Tunai

Kt Hasil perkhidmatan

Merekod penerimaan tunai dari pelanggan sebagai bayaran pendahuluan.

5,000

 

5,000

30 Jun

Dt Tunai

Kt Modal

Merekod pelaburan modal tambahan dalam bentuk tunai.

10,000

 

10,000

30 Jun

Dt Belanja utiliti

    Kt Belanja utiliti belum bayar

Merekod belanja utiliti yang belum dibayar.

800

 

800

Tatacara berikut menjadi amalan ID Design.

(1) Semua dokumen seperti inovis dan resit mempunyai nombor bersiri serta salinan pendua.

(2) Pembayaran bagi amaun melebihi RM 200 dibuat melalui cek yang perlu ditandatangani oleh pemilik perniagaan, iaitu Isma Daniel. Cek disimpan dalam laci berkunci dan kuncinya dipegang oleh beliau.

(3) Tunai runcit diwujudkan bagi perbelanjaan yang kurang dari RM 200. Kerani akaun dibenarkan membuat pembelian dan pembayaran keperluan pejabat tanpa perlu mendapat kelulusan Isma Daniel.

(4) Pekerja yang sama ditugaskan untuk menghantar barang niaga, menyediakan bil, dan menerima bayaran dari pelanggan.

Dikehendaki:

(i) Kenal pasti catatan jurnal yang salah dan bagi setiap catatan tersebut sediakan catatan yang sepatutnya disediakan pada tarikh urus niaga. Andaikan penerangan yang diberikan bagi setiap catatan yang disediakan di atas adalah betul. [6 markah]

(ii) Bagi setiap tatacara yang disenaraikan di atas, tentukan sama ada tatacara tersebut merupakan contoh kawalan dalaman yang baik atau yang lemah. Nyatakan prinsip-prinsip kawalan dalaman yang berkaitan. [8 markah] 

考试题目和解答思路:

STPM 2016 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

评论

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1