PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我要分享的是 Akaun Sem 1 2017年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

JA Urus Enterprise menawarkan perkhidmatan pengurusan hartanah. Pemiliknya, iaitu Encik Jimmy telah menggajikan dua orang pekerja dengan kadar gaji bulanan sebanyak RM 1,200 seorang. Beliau bercadang untuk menyimpan rekod khas bagi perniagaan dan juga menyediakan penyata kewangan perniagaan secara bulanan. Urus niaga sepanjang tahun Mac 2015, iaitu operasi bulan pertama bagi perniagaan ini adalah seperti yang berikut:

(1) Membuka akaun bank atas nama JA Urus Enterprise dengan mendepositkan tunai daripada akaun peribadi berjumlah RM 50,000.

(2) Menandatangani perjanjian dengan SS Harta Sdn. Bhd. bagi sewaan premis bangunan dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM 1,500. Encik Jimmy telah membuat bayaran sewa untuk bulan semasa berserta dengan bayaran deposit bagi tiga bulan sewa seperti yang ditetapkan dalam perjanjian sewaan itu. Bayaran deposit itu akan dipulangkan apabila kontrak sewaan tamat.

(3) Membeli dua buah komputer berharga RM 3,600 secara tunai di Kembangan PC Fair.

(4) Membawa masuk sebuah mesin pencetak terpakai untuk kegunaan pejabat. Mesin pencetak itu telah diperoleh pada dua tahun yang lepas dengan harga RM 1,200. Nilai pasaran semasa mesin pencetak itu adalah bersamaan dengan 60% daripada kos perolehannya.

(5) Membeli perabot pejabat berharga RM 10,000 daripada Modern Decor dengan membayar 40% secara tunai, manakala bakinya akan dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

(6) Membeli bekalan pejabat secara tunai berjumlah RM 3,450.

(7) Menerima tunai berjumlah RM 2,500 bagi perkhidmatan yang telah diberikan.

(8) Mengeluarkan inovis berjumlah RM 4,250 kepada pelanggan bagi perkhidmatan yang telah diberikan.

(9) Membayar gaji pekerja bagi bulan semasa.

(10) Mengeluarkan cek JA Urus Enterprise dengan amaun RM 500 bagi menjelaskan bayaran kad kredit Encik Jimmy.

(11) Mengira stok bekalan pejabat pada akhir bulan Mac dan mendapati 1/3 daripada bekalan pejabat telah digunakan dalam tempoh semasa.

(12) Menerima inovis daripada Perkhidmatan Kemas Ofis Enterprise bagi kerja pembersihan pejabat bagi bulan semasa berjumlah RM 200.

(13) Menerima bayaran pendahuluan berjumlah RM 3,000 daripada Bandar Saujana Putra Properties bagi perkhidmatan yang akan diberikan pada bulan hadapan.

Dikehendaki:

(a) Perihalkan maksud setiap andaian atau prinsip perakaunan yang berikut dan berikan dua contoh situasi yang diambil daripada JA Urus Enterprise bagi menunjukkan bahawa setiap andaian atau prinsip itu telah dipatuhi:

    (i)     Entiti berasingan. [2 markah]

    (ii)    Pengiktirafan hasil. [2 markah]

    (iii)   Kos sejarah. [2 markah]

(b) Tunjukkan kesan kepada ekuiti, aset, dan liabiliti bagi setiap urus niaga JA Urus Enterprise. Jawapan anda mesti disertakan dengan nilai yang terlibat. [9 markah]

(c) Sediakan penyata pendapatan komprehensif JA Urus Enterprise bagi operasi bulan pertama. [5 markah]

SOALAN 2:

(a) Nyatakan konsep dan prinsip perakaunan yang terlibat bagi susut nilai sesebuah aset tetap. [1 markah]

(b) Jelaskan empat faktor yang perlu diambil kira untuk menentukan belanja susut nilai pada setiap tahun. [4 markah]

(c) Sebahagian maklumat berkenaan dengan akaun aset tetap dan sebahagian maklumat berkenaan dengan akaun belum terima milik Syarikat Gagah Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2015 adalah seperti yang berikut:

Maklumat Tambahan:

(1) Pada 31 Disember 2015, forklif telah dijual pada harga RM 18,600.

(2) Hutang lapuk pulih sepanjang tahun 2015 ialah RM 750.

Dikehendaki:

(i) Hitung belanja susut nilai aset tetap bagi tahun berakhir 31 Disember 2015. [3 markah]

(ii) Hitung laba atau rugi pelupusan forklif. [2 markah]

(iii) Hitung nilai akaun belum terima bersih Syarikat Gagah Sdn. Bhd. pada 31 Disember 2015. [2 markah]

(iv) Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi peruntukan hutang ragu, hutang lapuk, hutang lapuk pulih, dan catatan jurnal rekod jualan forklif. [8 markah]

SOALAN 3:

(a) Nyatakan tiga kelebihan pembiayaan melalui instrumen hutang berbanding dengan pembiayaan melalui terbitan saham. [3 markah]

(b) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan jenis keempunyaan tunggal berbanding dengan perniagaan jenis perkongsian. [3 markah]

(c) Urus niaga yang melibatkan liabiliti Syarikat Kemasan Berhad sepanjang tahun 2015 adalah seperti yang berikut:

(1) Pada 1 Januari 2015, syarikat telah membeli barang niaga secara kredit berjumlah RM 50,000 daripada Syarikat One World Sdn. Bhd. Amaun itu perlu dijelaskan dalam masa 30 hari. Syarikat mengamalkan sistem inventori berterusan.

(2) Pada 30 Januari 2015, syarikat mengeluarkan nota belum bayar berkadar faedah 5% kepada Syarikat One World Sdn. Bhd. bagi menggantikan akaun belum bayar yang diwujudkan pada 1 Januari 2015. Nota belum bayar itu akan matang dalam masa 90 hari.

(3) Pada 1 April 2015, syarikat membuat pinjaman sebanyak RM 200,000 di Bank Pertama Berhad untuk membiayai sebahagian kos belian sebuah bangunan kilang. Syarat pinjaman itu menyatakan bahawa bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan secara ansuran pada setiap akhir tempoh enam bulan sebanyak RM 50,000. Kadar faedah atas pinjaman itu menggunakan kaedah kadar tetap sebanyak 8% setahun.

(4) Pada 2 April 2015, syarikat membeli sebuah bangunan kilang dengan harga RM 500,000. Bayaran guaman dan kos pindah milik aset ialah RM 5,000. Semua perbelanjaan ini dibayar secara tunai.

(5) Pada 30 April 2015, syarikat membeli perabot di Perniagaan Perabot Kelang dengan harga RM 30,000 dengan mengeluarkan nota tiga bulan pada kadar faedah 7% setahun.

(6) Pada 1 Mei 2015, nota yang dikeluarkan kepada Syarikat One World Sdn. Bhd. telah matang.

(7) Pada 1 Ogos 2015, nota yang dikeluarkan kepada Perniagaan Perabot Kelang telah matang.

(8) Pada 1 Oktober 2015, syarikat membuat bayaran pinjaman ansuran yang pertama kepada Bank Pertama Berhad bersama dengan faedahnya sekali.

(9) Pada 31 Disember 2015, syarikat mengakrukan belanja faedah atas pinjaman daripada Bank Pertama Berhad.

Dikehendaki:

Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga di atas. [14 markah]

SOALAN 4:

(a) Dengan merujuk kepada MFRS 102: Inventori,

(i) takrifkan inventori. [1 markah]

(ii) nyatakan bagaimana inventori harus dinilai pada penghujung tempoh perakaunan. [1 markah]

(iii) nyatakan tiga pengkelasan utama bagi inventori. [1 markah]

(b) Kebakaran di gudang Syarikat Kelisa Sdn. Bhd. pada 11 Mac 2015 telah mengakibatkan kemusnahan kepada sebahagian daripada inventori barang niaga syarikat. Pihak pengurusan syarikat telah berusaha untuk menganggar amaun barang niaga yang musnah. Barang niaga bernilai RM 27,000 telah berjaya diselamatkan. Semakan buku akaun bagi bulan Januari hingga Februari 2015, menunjukkan maklumat seperti yang berikut:

Butiran

RM

Hasil jualan

103,700

Belian tunai

46,800

Belian kredit

18,100

Elaun dan pulangan diterima

2,800

Elaun dan pulangan diberi

2,300

Diskaun diterima

2,500

Diskaun diberi

1,700

Angkutan masuk

2,400

Angkutan keluar

1,600

Analisis penyata bank bagi bulan Mac 2015 menunjukkan cek yang dikeluarkan bagi pembayaran belian tunai bagi tempoh 1 Mac 2015 hingga 11 Mac 2015 berjumlah RM 4,100. Dalam tempoh yang sama sebanyak RM 15,500 telah didepositkan dalam bank. Sebanyak 40% daripada amaun deposit itu adalah daripada kutipan akaun belum terima, manakala bakinya merupakan kutipan daripada jualan tunai.

Pembekal utama syarikat mengesahkan bahawa belian kredit dalam tempoh 1 Mac 2015 hingga 11 Mac 2015 berjumlah RM 14,200, manakala pelanggan syarikat mengesahkan bahawa jualan kredit dalam tempoh yang sama berjumlah RM 29,000. Margin keuntungan bagi tahun 2013 ialah 32.8%.

Maklumat kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Jualan bersih

650,000

Kos barang dibeli

454,000

Inventori awal

110,000

Inventori akhir

130,000

Dikehendaki:

Hitung,

(i) baki akaun jualan dan belian pada 11 Mac 2015. [4 markah]

(ii) margin keuntungan bagi tahun 2014. [3 markah]

(iii) purata margin keuntungan bagi dua tahun, iaitu tahun 2013 dan tahun 2014. [1 markah]

(iv) amaun inventori yang termusnah dengan menggunakan kaedah margin keuntungan purata. [9 markah]

SOALAN 5:

(a) Anda telah berjaya diterima menjalani latihan praktikal di Perniagaan Besta. Perniagaan Besta adalah pengeluar produk makanan segera berskala besar yang mengamalkan belian inventori barang niaga secara kredit daripada pemborong. Perniagaan Besta mempunyai seorang pengurus besar yang menyelia empat orang pengurus jabatan, iaitu Pengurus Jabatan Stor dan Belian, Pengurus Jabatan Pengeluaran, Pengurus Jabatan Akaun, dan Pengurus Jabatan Jualan. Pengurus Besar Perniagaan Besta meminta anda menyediakan langkah kawalan dalaman yang sesuai.

Dikehendaki:

Jelaskan dua ciri kawalan dalaman bagi Perniagaan Besta bagi setiap urus niaga yang berikut:

    (i)     Pesanan belian inventori. [3 markah]

    (ii)    Penerimaan inventori. [3 markah]

    (iii)   Pembayaran belian inventori. [3 markah]

(b) Encik Hariz, pemilik firma guaman berpendapat bahawa tiada keperluan kawalan dalaman bagi semua pembayaran kecil tunai seperti membeli setem, bayaran kurier, tambang teksi, dan perbelanjaan lain yang melibatkan jumlah yang kecil.

Beliau telah menetapkan polisi bahawa semua pembayaran dibuat menggunakan cek. Setiap bulan, beliau sendiri mengeluarkan cek berjumlah RM 2,500 untuk ditunaikan oleh kerani akaun bagi tujuan perbelanjaan kecil tunai. Beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada kerani akaun kerana kerani tersebut telah lama berkhidmat dengan firma itu.

Encik Hariz telah melantik anda sebagai pengurus akaun. Sebagai pengamal ilmu perakaunan, anda tidak bersetuju dengan pendapat Encik Hariz itu.

Dikehendaki:

(i) Jelaskan empat kelemahan tatacara dalam pembayaran kecil tunai firma Encik Hariz. [4 markah]

(ii) Jelaskan empat kepentingan kawalan dalaman dalam pembayaran kecil tunai. [4 markah]

(iii) Jelaskan tiga tatacara kawalan yang sesuai bagi pembayaran kecil tunai untuk firma guaman anda. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2017 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1