PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1

Hello 各位,今天想要继续分享 Akaun Sem 1 2018年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

(a) Jelaskan secara ringkas dua jenis kesilapan yang akan menjejaskan keseimbangan imbangan duga dan dua jenis kesilapan yang tidak akan menjejaskan keseimbangan imbangan duga. [4 markah]

(b) Tempoh perakaunan bagi Firma Perundingan Gemilang berakhir pada setiap 30 Jun. Baki akaun belum terlaras bagi Firma Perundingan Gemilang pada 30 Jun 2017 adalah seperti yang berikut:

Akaun

Amaun      (RM)

Bank

65,300

Akaun belum terima

22,500

Bekalan pejabat

30,500

Sewa terdahulu

20,000

Insuran terdahulu

16,000

Kelengkapan dan peralatan pejabat

190,000

Susut nilai terkumpul kelengkapan dan peralatan pejabat

28,500

Akaun belum bayar

19,500

Hasil belum terperoleh

18,000

Modal

130,000

Ambilan

15,000

Hasil perkhidmatan

232,500

Belanja gaji

61,830

Belanja utiliti

6,800

Belanja am

570

Setelah semakan dilakukan terhadap baki akaun pada akhir tempoh perakaunan, perkara berikut telah ditemui:

(1) Peruntukan hutang ragu sebanyak RM 110 perlu diwujudkan.

(2) Bekalan pejabat di tangan pada 30 Jun 2017 ialah RM 15,200.

(3) Belanja sewa untuk suku keempat bagi tahun berakhir 30 Jun 2017 belum direkodkan lagi. Kadar sewa adalah sebanyak RM 3,000 sebulan.

(4) Insuran terdahulu terdiri daripada premium yang dibeli pada 1 Februari 2017 untuk tempoh setahun.

(5) Kelengkapan dan peralatan pejabat dianggarkan mempunyai tempoh usia guna selama 10 tahun, tiada nilai sisa pada akhir tempoh usia guna, dan firma menggunakan kaedah susut nilai dan garis lurus.

(6) Belian bekalan pejabat secara tunai bernilai RM 1,600 daripada AC Komputer Aksesori dalam bulan Jun 2017 telah direkodkan ke dalam akaun belum bayar.

(7) Tiada catatan yang dibuat dalam buku akaun untuk penerimaan faedah bank sebanyak RM 750 dan bayaran perkhidmatan bank sebanyak RM 1,300.

(8) Pada 30 Jun 2017, sebanyak 40% daripada hasil belum terperoleh telah diiktiraf.

(9) Inovis bagi belanja am bernilai RM 750 telah direkodkan ke dalam akaun belanja am dan akaun tunai sebagai RM 570.

(10) Jumlah hasil perkhidmatan adalah termasuk perkhidmatan yang belum disempurnakan lagi yang bernilai RM 8,800. Perkhidmatan ini dijangka dapat diselesaikan pada Ogos 2017.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal bagi setiap perkara di atas. [10 markah]

(ii) Sediakan penyata pendapatan komprehensif Firma Perundingan Gemilang bagi tahun berakhir 30 Jun 2017. [6 markah]

SOALAN 2:

(a) Beri tiga perbezaan antara susut nilai dengan pelunasan. [3 markah]

(b) Urus niaga yang terlibat dalam Perniagaan Gula Batu dalam tahun semasa yang berakhir pada 30 Jun 2017 adalah seperti yang berikut:

(1) Perniagaan Gula Batu memperoleh 5,000 unit saham biasa Syarikat Idaman Berhad pada harga RM 2.80 sesaham. Kos urus niaga yang dilibatkan ialah sebanyak 2% daripada jumlah harga saham. Perniagaan Gula Batu menjangka akan memegang saham ini untuk tempoh lebih dari 12 bulan.

(2) Perniagaan Gula Batu telah membelanjakan sebanyak RM 172,000 untuk menambah baik sistem pengurusan maklumat perniagaan. Amaun ini termasuk kos memperoleh perisian sebanyak RM 125,000, kos pengujian dan pengubahsuaian sebanyak RM 5,000, lesen tahunan sebanyak RM 25,000, kos latihan pekerja sebanyak RM 6,000, dan amaun bakinya adalah untuk peralatan komputer.

(3) Pada 1 Mac 2017, Perniagaan Gula Batu telah memperoleh hartanah dengan membayar sebanyak RM 240,000. Melalui urus niaga ini, Perniagaan Gula Batu memiliki sebidang tanah dan sebuah bangunan kilang. Nilai saksama pada tarikh perolehan bagi tanah ialah RM 75,000 dan bagi bangunan ialah RM 175,000. Perniagaan Gula Batu turut berbelanja berjumlah RM 22,000 untuk mengubahsuai bangunan kilang dan memasang sistem keselamatan.

(4) Perniagaan Gula Batu telah memperoleh sebuah kenderaan baharu berharga RM 119,500. Perniagaan Gula Batu turut membelanjakan amaun untuk insurans kenderaan sebanyak RM 2,300, cukai jalan sebanyak RM 900, pemasangan cermin gelap sebanyak RM 1,200, dan mengecat warna dan logo syarikat sebanyak RM 500.

(5) Perniagaan Gula Batu memperoleh sebuah paten daripada N'Bio dengan melibatkan kos berjumlah RM 45,000. Paten ini memberi hak eksklusif kepada perniagaan untuk menggunakan teknologi yang didaftarkan selama lapan tahun. Perniagaan Gula Batu akan menggunakan teknologi ini selama lima tahun sebelum bertukar kepada teknologi baharu yang sedang dibangunkan sendiri.

(6) Perniagaan Gula Batu mengamalkan kaedah susut nilai garis lurus dengan kadar susut nilai tahunan 5% bagi bangunan,10% bagi kenderaan, dan 20% bagi peralatan. Nilai sisa bagi bangunan dianggarkan bersamaan 10% daripada kos manakala bagi kenderaan, dan peralatan dianggarkan bersamaan dengan 5% daripada kos aset. Polisi Perniagaan Gula Batu telah mengenakan susut nilai satu tahun penuh dalam tempoh perolehan aset, manakala tiada susut nilai dikenakan dalam tahun pelupusan aset.

Dikehendaki:

(i) Hitung kos perolehan:

    (1) Tanah. 

    (2) Bangunan kilang.

    (3) Kenderaan.

    (4) Perisian komputer. [5 markah]

(ii) Sediakan catatan jurnal bagi merekod semua urus niaga di atas. [9 markah]

(iii) Hitung belanja susut nilai bagi bangunan dan kenderaan, dan pelunasan paten bagi tahun semasa. [3 markah]

SOALAN 3:

(a) Beri dua perbezaan antara liabiliti jangka panjang dengan liabiliti semasa, berserta dua contoh bagi setiap liabiliti itu. [4 markah]

(b) Petikan bahagian liabiliti bagi penyata kedudukan kewangan Syarikat Gen Y Berhad pada 31 Disember 2015 adalah seperti yang berikut:

 

RM

Liabiliti jangka panjang

 

    Debentur 8%

200,000

    Bon antarabangsa 5%

50,000

    Gadai janji

92,500

    Sewa beli

154,500

Liabiliti semasa

 

    Akaun belum bayar

32,000

    Overdraf

10,000

Maklumat berkaitan dengan petikan liabiliti Syarikat Gen Y Berhad di atas adalah seperti yang berikut:

(1) Debentur 8% terdiri daripada dua kontrak yang mempunyai tarikh matang yang berbeza, iaitu 40% daripada jumlah debentur akan matang pada 31 Mei 2017 dan selebihnya pula akan matang pada 30 Jun 2021.

(2) Bon antarabangsa 5% akan matang pada 31 Mac 2017.

(3) Semua faedah debentur dan bon bagi tahun 2016 dibayar pada tahun berikutnya.

(4) Gadai janji, iaitu cagaran harta tanah RM 100,000 kepada satu pinjaman jangka panjang selama 10 tahun yang diperoleh pada 1 Januari 2015. Pinjaman jangka panjang dikenakan faedah sebanyak 5% setahun. Pokok dan faedah dibayar secara sukuan, iaitu bermula 1 April 2015.

(5) Sewa beli pada kadar 5% setahun bagi perolehan kenderaan dibuat lagi tempoh 9 tahun mulai 1 Julai 2015 dengan ansuran bulanan sebanyak RM 2,175 termasuk belanja faedah sebanyak RM 675. Ansuran mula dibayar pada awal bulan berikutnya.

(6) Jumlah belian kredit sepanjang 2016 ialah RM 85,000. Pulangan belian ialah RM 3,000. Pembayaran sebanyak RM 90,000 telah dibuat kepada pembekal setelah menerima diskaun sebanyak RM 3,800.

(7) Sepanjang tahun 2016, jumlah aliran wang masuk adalah sebanyak RM 650,000 dan aliran wang keluar berjumlah RM 300,000.

Dikehendaki:

Sediakan bahagian liabiliti bagi penyata kedudukan kewangan Syarikat Gen Y Berhad pada 31 Disember 2016. [9 markah]

(c) Rindai Enterprise adalah sebuah kedai runcit yang beroperasi di bandar Kajang. Dua daripada urus niaga perniagaan Rindai Enterprise adalah seperti yang berikut:

Tarikh

Urus Niaga

1 Januari

Membeli inventori bernilai RM 15,000 secara kredit daripada Bes Sdn. Bhd. melalui terbitan nota belum bayar pada kadar faedah sebanyak 8% setahun. Nota ini matang pada 15 Februari 2017.

1 Januari

Membeli sebuah peti sejuk berharga RM 5,000 daripada Lim Sim Enterprise. Rindai Enterprise membayar sebanyak RM 2,000, manakala selebihnya akan dibayar secara ansuran sama rata pada 31 Januari, 28 Februari, dan 31 Mac 2017. Lim Sim Enterprise mengenakan faedah sebanyak 10% setahun atas baki hutang.

Dikehendaki:

Andaikan Rindai Enterprise menutup akaun setiap bulan, sediakan catatan jurnal untuk merekod dan melaraskan urus niaga di atas bagi bulan Januari dan Februari 2017. [7 markah] 

SOALAN 4:

(a) Beri tiga kepentingan kumpulan wang rizab berkanun. [3 markah]

(b) Maklumat yang diperoleh daripada akaun Koperasi Utara Berhad pada 31 Disember 2016 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Modal saham

248,000

Akaun untung rugi terkumpul

220,600

Kumpulan wang penebusan syer

80,560

Akaun rizab modal

3,000

Kumpulan wang rizab

140,940

Akaun belum bayar

500,000

Lain-lain belum bayar

58,400

Bangunan koperasi

45,000

Peruntukan susut nilai bangunan koperasi

9,000

Kenderaan

35,000

Peruntukan susut nilai kenderaan

14,000

Kelengkapan

6,000

Peruntukan susut nilai kelengkapan

2,400

Akaun belum terima

230,000

Penghutang skim pinjaman

180,620

Lain-lain belum terima dan deposit

30,650

Tunai di tangan dan di bank

425,305

Untung kasar

545,875

Lain-lain hasil

96,000

Belanja pentadbiran dan pengurusan

316,200

Inventori pada 31 Disember 2016

650,000

Maklumat Tambahan:

(1) Pemeriksaan oleh juruaudit dalaman mendapati pembayaran belanja pentadbiran dan pengurusan sebanyak RM 14,000 belum direkodkan lagi.

(2) Pinjaman yang dibuat oleh koperasi berjumlah RM 225,000 telah tersilap masuk dalam akaun belum bayar. Sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman itu perlu diselesaikan pada tahun 2017.

(3) Lembaga pengarah bercadang membayar dividen sebanyak 8% atas modal saham anggota pada 31 Disember 2016.

(4) Agihan berkanun seperti yang diklasifikasikan oleh Akta Koperasi 1993, diperuntukkan sebanyak 15% daripada keuntungan semasa. Honorarium lembaga pengarah sebanyak 2% dan pindahan kepada kumpulan wang penebusan syer sebanyak 10% juga dilaksanakan pada tahun itu.

(5) Peruntukan cukai bagi tahun 2016 dianggarkan berjumlah RM 15,340.

(6) Sebanyak 20% daripada akaun penghutang skim pinjaman akan diterima pada tahun 2017.

(7) Polisi koperasi bagi peruntukan susut nilai aset tetap adalah mengikut kaedah garis lurus.

Aset tetap

Jangkaan usia guna

Bangunan

20 tahun

Kenderaan

10 tahun

Kelengkapan

5 tahun

Dikehendaki:

Sediakan bagi Koperasi Utara Berhad,

(i) penyata pembahagian untung rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016. [9 markah]

(ii) penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2016. [8 markah]

SOALAN 5:

(a) Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat akaun tergantung? [2 markah]

(b) QKleen menawarkan perkhidmatan mencuci kereta yang beroperasi di Pusat Servis Kereta Uda. Perniagaan QKleen telah dimulakan pada 1 April 2016 dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang bagi enam hari seminggu. Pemiliknya, Encik Kamar telah melaburkan tunai sebagai modal perniagaan yang telah digunakan untuk membeli peralatan bernilai RM 6,000, kelengkapan RM 1,800, bekalan RM 1,400, dan deposit sewa. Peralatan dan kelengkapan dijangka dapat digunakan selama 5 tahun. Pusat Servis Kereta Uda juga menetapkan bayaran deposit sewa untuk dua bulan.

Encik Kamar dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar upah sebanyak RM 480 sebulan seorang. Encik Kamar turut membayar elaun makan sebanyak RM 192 sebulan bagi setiap pekerja dan dirinya.

Rekod perniagaan QKleen telah menunjukkan bahawa sehingga 30 Jun 2016, kutipan tunai daripada perkhidmatan yang diberikan adalah berjumlah RM 15,618. Lain-lain belanja yang dilibatkan termasuk belanja pelbagai berjumlah RM 400. Encik Kamar telah membeli bekalan bernilai RM 850 secara tunai dan RM 500 secara kredit yang akan dijelaskan pada bulan Julai. Baki tunai perniagaan pada 30 Jun 2016 berjumlah RM 5,110.

Bekalan yang masih belum digunakan pada 30 Jun 2016 adalah bernilai RM 680. Terdapat pelanggan yang belum menjelaskan caj perkhidmatan berjumlah RM 250. Encik Kamar mengeluarkan tunai sebanyak RM 1,000 sebulan untuk kegunaan peribadi.

Dikehendaki:

(i) Sediakan penyata pendapatan komprehensif QKleen bagi tiga bulan pertama operasi. [11 markah]

(ii) Sediakan penyata kedudukan kewangan QKleen pada 30 Jun 2016. [7 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2018 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!


此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1