PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2019 SEM 1 / PENGGAL 1


今天 Tina 我将要分享的是 Akaun Sem 1 2019年的考试题目和解答思路。

最后我会附上PDF给大家,大家可以自行下载哦,仅供参考哦!

想看历年的考试题目和解答思路点击下面的链接哦:

STPM 2013:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2013 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2014:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2014 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2015:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2015 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2016:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2016 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2017:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

STPM 2018:

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2018 SEM 1 / PENGGAL 1 (scorpion050832.blogspot.com)

请看吧:

SOALAN 1:

Perniagaan Desa Rimbunan yang menawarkan kemudahan rekreasi dan perkhemahan telah mula beroperasi sejak awal tahun 2017. Puan Rozaila Ramlee, pemilik Perniagaan Desa Rimbunan telah meminta bantuan anda untuk menyemak penyata pendapatan yang disediakan untuk perniagaannya bagi sukuan berakhir 30 Jun 2018. Beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan penyata pendapatan yang telah disediakan oleh kerani akaun kerana keuntungan perniagaan untuk setiap sukuan sebelum ini tidak pernah melebihi RM 20,000.

Penyata pendapatan komprehensif Perniagaan Desa Rimbunan bagi sukuan berakhir 30 Jun 2018 adalah seperti yang berikut:

Perniagaan Desa Rimbunan

Penyata Pendapatan Komprehensif

Bagi sukuan berakhir 30 Jun 2018

 

RM

RM

Hasil

 

 

    Hasil sewaan

 

45,000

Belanja Operasi

 

 

    Belanja pengiklanan

2,600

 

    Belanja penyelenggaraan dan pembaikan

2,000

 

    Belanja susut nilai

400

 

    Belanja upah dan gaji

14,900

 

    Belanja utiliti

450

 

Jumlah belanja

 

20,350

Pendapatan bersih

 

24,650

Maklumat yang berikut yang belum diambil kira dalam penyediaan penyata pendapatan komprehensif di atas.

(1) Hasil sewaan termasuk RM 5,000 yang diterima daripada Syarikat Kenanga Biru Sdn. Bhd. sebagai bayaran pendahuluan tempahan untuk bulan Julai 2018.

(2) Pada 25 April 2018, sebanyak RM 1,800 telah dibayar untuk sebuah polisi insurans bagi tempoh setahun bermula 1 Mei 2018. Urus niaga ini belum direkodkan dalam mana-mana akaun.

(3) Bil untuk bulan Jun 2018 yang telah diterima tetapi belum dijelaskan terdiri daripada bil pengiklanan RM 110, bil pembaikan RM 130, dan bil utiliti RM 175.

(4) Baki bekalan pejabat pada 1 April 2018 dan 30 Jun 2018, masing-masing bernilai RM 3,180 dan RM 850.

(5) Upah bagi dua orang pekerja sambilan untuk lima hari terakhir dalam bulan Jun 2018 belum dijelaskan. Kadar upah harian untuk setiap pekerja ialah RM 50 sehari.

(6) Pada 1 Jun 2018, Perniagaan Desa Rimbunan telah menerbitkan nota tiga bulan sebanyak RM 6,000 sebagai balasan atas pembelian perabot secara kredit. Nota dikenakan faedah pada kadar 8% setahun.

Dikehendaki:

(a) Perihalkan dua prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi dalam penyediaan penyata pendapatan komprehensif di atas. [3 markah]

(b) Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi maklumat (1) hingga (6) di atas. [10 markah]

(c) Sediakan penyata pendapatan komprehensif Perniagaan Desa Rimbunan bagi sukuan yang berakhir 30 Jun 2018 selepas mengambil kira pelarasan di atas. [7 markah]

SOALAN 2:

(a) Perihalkan tiga perbezaan antara nota belum bayar dengan akaun belum bayar. [3 markah]

(b) Perniagaan Amar adalah sebuah rangkaian kedai barangan elektrik. Makluma yang dikumpulkan untuk Perniagaan Amar pada 31 Disember 2017 adalah seperti yang berikut:

Akaun

RM

Premis

450,000

Sekuriti boleh pasar

100,000

Kenderaan

95,000

Bekalan alatan ganti

20,000

Tunai

30,000

Akaun belum terima

12,000

Akaun belum bayar

22,000

Nota belum bayar (10%)

57,000

Peruntukan liabiliti waranti

15,000

Pinjaman

120,000

Untung bersih

115,000

Modal pada 1 Jan 2017

378,000

Maklumat yang belum diambil kira adalah seperti yang berikut:

(1) Kerja pembaikan melalui tuntutan waranti yang melibatkan alat ganti sebanyak RM 4,800.

(2) Nota belum bayar dikeluarkan pada 1 Julai 2017 dan akan matang pada 30 Jun 2018.

(3) Satu kes mahkamah yang dibawa oleh pelanggan pada bulan April telah diputuskan oleh mahkamah pada 30 Disember 2017. Perniagaan Amar didapati bersalah dalam kes itu oleh mahkmah dan dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM 12,500.

(4) Pinjaman jangka panjang adalah untuk tempoh 10 tahun. Faedah atas pinjaman tersebut ialah 8% setahun yang dibayar pada setiap 1 Januari. Setiap tahun, 1/10 daripada baki pinjaman perlu dilangsaikan.

(5) Pada 31 Disember 2017, pemilik Perniagaan Amar telah membuat pelaburan tambahan dalam bentuk tunai sebanyak RM 25,000.

Dikehendaki:

(i) Hitung untung bersih terlaras. [4 markah]

(ii) Sediakan penyata perubahan modal Perniagaan Amar bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [2 markah]

(iii) Sediakan penyata kedudukan kewangan Perniagaan Amar pada 31 Disember 2017. [11 markah]

SOALAN 3:

(a) Kewujudan kumpulan wang rizab adalah satu daripada keunikan yang terdapat dalam sesebuah perniagaan koperasi berkanun. Mengapakah kumpulan wang rizab ini diwajibkan kepada semua perniagaan koperasi berkanun seperti yang termaktub dalam Akta Koperasi 1993? [3 markah]

(b) Nyatakan dua perbezaan antara modal saham dengan modal caruman. [2 markah]

(c) Imbangan duga Koperasi Sri Ledang Berhad pada 31 Disember 2017 adalah seperti yang berikut:

 

Debit RM

Kredit  RM

Jualan

 

4,400,000

Belian

3,200,000

 

Pulangan belian

 

5,000

Pulangan jualan

112,000

 

Angkutan masuk

23,000

 

Pendapatan pelaburan

 

20,000

Belanja gaji

48,000

 

Yuran audit luar

40,000

 

Belanja sewa

60,000

 

Belanja pengangkutan

68,000

 

Deposit utiliti

12,000

 

Belanja faedah

45,000

 

Belanja am

40,000

 

Belanja mesyuarat agung

40,000

 

Kenderaan

740,000

 

Susut nilai terkumpul kenderaan

 

148,000

Peralatan pejabat

180,000

 

Susut nilai terkumpul peralatan pejabat

 

36,000

Tanah

700,000

 

Pelaburan saham

500,000

 

Tunai

460,000

 

Inventori pada 1 Jan 2017

442,000

 

Akaun belum terima

573,000

 

Insurans prabayar

23,200

 

Modal saham

 

1,000,000

Premium saham

 

50,000

Keuntungan terkumpul

 

43,000

Pinjaman bank 6%

 

1,500,000

Kumpulan wang rizab berkanun

 

23,900

Kumpulan wang kebajikan am ahli

 

12,000

Akaun belum bayar

 

48,000

Peruntukan hutang ragu

 

4,300

Gaji belum bayar

 

16,000

Jumlah

7,306,200

7,306,200

Maklumat Tambahan:

(1) Peruntukan hutang ragu ditetapkan seperti yang berikut:

Amaun (RM)

Pengumuran Penghutang (hari)

Hutang Ragu (%)

20,000

1 – 30

1

30,000

31 – 40

5

23,000

> 40 hari

20

(2) Susut nilai bagi aset kenderaan dan peralatan pejabat, masing-masing ditetapkan pada kadar 20% dan 10% daripada kos.

(3) Faedah pinjaman bank untuk bulan Julai hingga Disember 2017 masih belum dibayar.

(4) Pada 30 Disember 2017, seorang pekerja koperasi telah menyaman koperasi sebanyak RM 50,000 kerana kemalangan di tempat kerja. Akibat kemalangan itu beliau telah patah tangan dan kaki. Pekerja itu mendakwa bahawa sistem keselamatan di tempat kerja tidak mengikuti piawai yang ditetapkan sehingga menyebabkan beliau terlibat dalam kemalangan. Peguam koperasi berpandangan bahawa syarikat berkemungkinan besar akan kalah dalam kes itu.

(5) Bayaran elaun kepada enam ahli Lembaga Pengarah Koperasi ditetapkan pada kadar RM 10,000 seorang.

(6) Elaun juruaudit dalaman ialah RM 10,000.

(7) Inventori pada 31 Disember 2017 ialah RM 220,000.

(8) Dividen dicadangkan adalah 10% daripada pendapatan bersih koperasi.

(9) Agihan daripada keuntungan bersih koperasi dicadangkan seperti yang berikut:

    (i)     Kumpulan Wang Kebajikan Am Ahli sebanyak 10%.

    (ii)    Kumpulan Wang Rizab Berkanun sebanyak 12%.

    (iii)   Kumpulan Wang Pendidikan Koperasi sebanyak 2%.

    (iv)   Kumpulan Wang Pembangunan Koperasi sebanyak 1%.

    (v)    Sumbangan kepada ANGKASA sebanyak 1%.

    (vi)   Sumbangan zakat sebanyak 2.5%.

Dikehendaki:

(i) Sediakan penyata pendapatan komprehensif Koperasi Sri Ledang Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [11 markah]

(ii) Sediakan penyata pembahagian untung dan rugi Koperasi Sri Ledang Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2017. [4 markah] 

SOALAN 4:

(a) Beri dua alasan mengapa terdapat perniagaan yang tidak mempunyai rekod perniagaan yang lengkap. [2 markah]

(b) Perihalkan tiga implikasi ke atas pengurusan perniagaan jika perniagaan tidak mempunyai rekod perakaunan yang lengkap. [3 markah]

(c) Pada 1 Februari 2018, Encik Qaisar, pemilik Laman Q Enterprise telah memulakan perniagaan perkhidmatan landskap laman dengan mendepositkan tunai berjumlah RM 2,000 ke dalam akaun bank. Wang tunai tersebut diambil daripada simpanan peribadinya berjumlah RM 800 dan bakinya adalah pinjaman daripada bapanya. Dengan modal yang ada, Encik Qaisar telah menyewa mesin rumput, membeli peralatan, dan bekalan serta mengupah beberapa orang pekerja. Encik Qaisar tidak menyimpan rekod perakaunan yang lengkap. Maklumat pada 31 Julai 2018 adalah seperti yang berikut:

Butiran

RM

Upah pekerja belum bayar

600

Bekalan

100

Akaun belum terima

600

Maklumat Tambahan:

(1) Upah pekerja yang telah dijelaskan berjumlah RM 3,600. Peralatan yang dibeli pada kos RM 300 dijangka boleh digunakan dalam tempoh satu tahun.

(2) Sepanjang tempoh enam bulan operasi, tunai yang dikutip daripada pelanggan berjumlah RM 11,900. Sebanyak RM 450 daripada amaun itu belum dibankkan, dan sebanyak RM 100 telah digunakan oleh Encik Qaisar untuk menjelaskan bil telefon bimbitnya.

(3) Bayaran untuk bekalan sebanyak RM 800 telah dibuat.

(4) Encik Qaisar telah menyewa mesin rumput daripada MR Enterprise untuk tempoh enam bulan bermula 1 Februari 2018 dengan bayaran sebanyak RM 1,200.

(5) Belanja penyelenggaraan mesin dan belanja runcit, masing-masing ialah RM 200 dan RM 600.

(6) Semakan buku cek mendapati Encik Qaisar telah mengeluarkan tunai untuk menjelaskan semua hutang kepada bapanya dan RM 1,000 untuk kegunaan peribadi.

Dikehendaki:

(i) Hitung baki tunai di bank bagi Laman Q Enterprise pada 31 Julai 2018. [6 markah]

(ii) Sediakan penyata pendapatan komprehensif Laman Q Enterprise bagi enam bulan pertama operasi. [5 markah]

(iii) Sediakan penyata kedudukan kewangan pada 31 Julai 2018. [4 markah]

SOALAN 5:

(a) Berikan tiga contoh prinsip kawalan dalaman dan jelaskan setiap satunya dalam aspek pengurusan aset harta tanah dan loji, dan peralatan. [3 markah]

(b) Berdasarkan setiap kes di bawah, nyatakan prinsip kawalan dalaman yang berkaitan dan nyatakan juga sama ada prinsip itu dipatuhi atau tidak dipatuhi.

(1) Semua buku cek serta dokumen penting perniagaan disimpan dalam peti besi di premis syarikat. [1 markah]

(2) Puan Chan, pemilik kedai, menetapkan bahawa hanya anak sulung dan anak bongsunya sahaja dibenarkan bertugas menjaga kaunter pembayaran di kedainya pada bila-bila masa tanpa menetapkan jadual penjagaan yang khusus. [1 markah]

(3) Dari masa ke masa, Encik Raju, pemilik Perniagaan Raju, membuat semakan mengejut di gudang simpanan barang niaga kedai runcitnya. [1 markah]

(4) Perniagaan Berjaya Enterprise yang dimiliki oleh Encik Amin baru memulakan operasi. Untuk menjimatkan belanja operasi perniagaan, beliau telah melantik anak saudaranya, Encik Kamarul sebagai pengurus kedai. Tugas Encik Kamarul termasuk membuat pesanan barangan, menyemak penerimaan barangan, dan membuat pembayaran atas belian barangan tersebut. [1 markah]

(5) Perniagaan Perabot Mas Jasti menetapkan prosedur pembayaran tunai, iaitu setiap pembayaran tunai mesti dibuktikan dengan resit bayaran. [1 markah]

(6) Untuk memudahkan pembayaran perbelanjaan bagi amaun yang kecil, Perniagaan Linggam memperuntukkan RM 200 dan diletakkan dalam laci yang tidak berkunci. [1 markah]

(c) Baki akhir tunai Perniagaan Aman Bahagia pada 30 November 2017 menunjukkan baki debit sebanyak RM 10,050, manakala penyata bank yang diterima menunjukkan baki kredit tunai di bank adalah sebanyak RM 11,200. Semakan yang dibuat ke atas buku tunai dan penyata bank mendapati maklumat seperti yang berikut:

(1) Cek berikut telah diterima dan direkodkan dalam buku tunai tetapi belum didepositkan ke bank:

    (i)     Cek daripada Encik Karim bernilai RM 2,000.

    (ii)    Cek daripada Perniagaan Pelaris bernilai RM 700.

(2) Cek berikut telah dikeluarkan tetapi belum dikemukakan ke bank:

    (i)    Cek bernombor 1123 kepada Perniagaan Chin bernilai RM 1,670.

    (ii)   Cek bernombor 1126 kepada Syarikat Excel Sdn. Bhd. bernilai RM 1,500.

    (iii)  Cek bernombor 1127 kepada Tenaga National Berhad bernilai RM 200.

(3) Caj perkhidmatan bank berjumlah RM 50.

(4) Cek yang diterima daripada pelanggan berjumlah RM 250 telah direkod dalam buku tunai sebagai RM 520.

(5) Cek yang diterima daripada pelanggan berjumlah RM 400 tetapi telah dikreditkan dalam buku tunai.

Dikehendaki:

(i) Sediakan catatan jurnal untuk membuat pelarasan ke atas baki buku tunai. [5 markah]

(ii) Hitung baki tunai terlaras Perniagaan Aman Bahagia. [3 markah]

(iii) Sediakan penyata penyesuaian bank Perniagaan Aman Bahagia pada 30 November 2017. [3 markah]

考试题目和解答思路:

STPM 2019 - Google Drive

好了,今天的blog到这里结束了,蟹蟹大家能够看完!



💕大家有什么问题可以留言告诉我,有时间我会回复的💕

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

***建议大家订阅我,这样可以第一时间收到通知,大家放心,是免费的!

重要的事情说三次!!!

此博客中的热门博文

PERAKAUNAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2023 SEM 1 / PENGGAL 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2022 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1

EKONOMI SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN STPM 2017 SEM 1 / PENGGAL 1 - 1